SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Monday, December 26, 2011

Kem Anak Soleh 2011










Terapcare dengan kerjasama Masjid Al Ihsan Kg Bukit Larek dan Skuad Cakna Terapcare cawangan Bukit Tembaga mengadakan Program Kem Anak Soleh 2011 di Masjid Bukit Larek.Seramai 86 org peserta dari Felda Bukit Tembaga,Kg Kubu,Naiteh,Kejai dan Bukit Larek menyertai program tersebut..Dengan pendaftaran RM 10 sahaja.Pelbagai prgram disusun antaranya Qiamullail,Tazkirah,LDK Solat,Wuduk dan sebagainya.Fasilitator terdiri daripada Pelajar Maktab Mahmud Pokok Sena.Pengarah Program Sdr Ghazali berkata,ini program yang julung kali diadakan dan ianya mendapat sambutan yang amat membanggakan.Ust Jamil,Imam masjid dengan penuh semangat berkata,pihak masjid dengan tanga terbuka menerima apa saja program dari Terapcare untuk diadakan di Masjid ini.Perasmian Penutup dihadiri Ust Mohammad Hamizan selaku pengerusi Terapcare,dan beliau diberikan penghormatan untuk menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid tersebut yang bertajuk Anak Soleh Penyejuk Mata hati..

No comments:

Post a Comment