SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Saturday, December 31, 2011

Hari Kemuncak Kejohanan Motorcross Ambang 2012


























hari terakhir kejohan motorcross peringkat negeri Kedah anjuran Terapcare Daerah Padang Terap & Kelab Motorcross Lebai Saman(kemles)yang disaksikan oleh YB. S. Manikumar A/L Subramaniam exco kerajaan Negeri Kedah,YB Ustaz Nasir Bin Zakaria ahli Palimen Padang Terap,ustaz Hamizan Bin amzah pengerusi Terapcare daerah Padang Terap, serta JKKP Kg Lebai Saman dan MKK kg lebai Saman juga turut memeriahkan program tersebut. dan diangarkan 5 ribu penonton yang hadir menyaksikan kejohanan motocross ambang 2012. alhamdulilah semua berjalan dengan lancar, cuma ada berlaku kemalangan-kemalangan kecil.hanya cedera ringan sahaja. sekalung tahniah kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung..

READ MORE- Hari Kemuncak Kejohanan Motorcross Ambang 2012

Friday, December 30, 2011

Hari pertama Kejohanan Motor cross Ambang 2012 Peringkat Negeri Kedah














Terapcare bersama Kelab Motor Cross Lebai Saman (KEMLES),Pejabat YB Parlimen Pdg Terap dan Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan Kejohanan Motor cross 2012 bertempat Litar Motorcross Kg Lebai Saman.Prgram ini dirasmikan oleh YB Dr Hj Ismail Salleh EXCO Kerajaan Negeri Kedah.Hadir sama YB Ust Nasir,Ust Hamizan Amzah,Penghulu Yusof mewakili Tuan Pegawai Daerah,En Jasnizam Hj Husni,Azizan Yusof,MKK dan JKKP Kg Lebai saman.Hampir 3000 anak muda dan warga setempat hadir menyaksikan perlawanan hari pertama.Program ditangguhkan pada jam 6 ptg dan akan disambung esok.
READ MORE- Hari pertama Kejohanan Motor cross Ambang 2012 Peringkat Negeri Kedah

Monday, December 26, 2011

Skuad Cakna Bendang Tok Teri Buka gelanggang silat







Silat merupakan salah satu kesenian dan cara mempertahankan diri.Skuad Cakna Terapcare Cawangan Bendang Tok Teri Naka mengambil peluang membuka gelanggang untuk mewariskan ilmu seni silat gayung ini kepada anak muda.Majlis pembukaannya disempurnakan oleh Ust Hamizan selaku Pengerusi Terapcare dan turut dihadiri Guru Tua Kedah Silat Gayung Harimau Hitam iaitu Pakteh Mad Zain.Lebih kurang 30 ahli yang menyertai silat gayung tersebut.
READ MORE- Skuad Cakna Bendang Tok Teri Buka gelanggang silat

Sukaneka rakyat Kg Tandop Besar













25 hb Disember 2011,Skuad Cakna Terapcare Tandop Besar bersama MKK Tandop Besar mengadakan sukaneka rakyat.Pelbagai program disediakan antaranya main tujut pot(tin),tarik tali,tiup belon,karom dan sebagainya.YB Ust Mohd Nasir hadir memeriahkan majlis dan menyampaikan hadiah kepada pemenang,Ust Hamizan juga hadir menjadi pengadil tarik tali dewasa dan jugak menyampaikan hadiah.Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Warga belia Tandop Besar yang berjaya menganjurkan program tersebut.
READ MORE- Sukaneka rakyat Kg Tandop Besar

Sumbangan Zakat untuk pelajar sekolah Kg Tandop Besar








seramai 30 orang anak warga miskin dan yatim Kg Tandop Besar menerima sumbangan wang bantuan persekolahan sesi 2012.sebelum masjlis penyampaian wang zakat,majlis dimulakan dengan bacaan yasin yang diketuai oleh Pengerusi Terapcare.majlis penyampaian disempurnakan oleh Penghulu Mukim Tekai Kanan Tuan Hj Mat Ali.
READ MORE- Sumbangan Zakat untuk pelajar sekolah Kg Tandop Besar

Kem Anak Soleh 2011










Terapcare dengan kerjasama Masjid Al Ihsan Kg Bukit Larek dan Skuad Cakna Terapcare cawangan Bukit Tembaga mengadakan Program Kem Anak Soleh 2011 di Masjid Bukit Larek.Seramai 86 org peserta dari Felda Bukit Tembaga,Kg Kubu,Naiteh,Kejai dan Bukit Larek menyertai program tersebut..Dengan pendaftaran RM 10 sahaja.Pelbagai prgram disusun antaranya Qiamullail,Tazkirah,LDK Solat,Wuduk dan sebagainya.Fasilitator terdiri daripada Pelajar Maktab Mahmud Pokok Sena.Pengarah Program Sdr Ghazali berkata,ini program yang julung kali diadakan dan ianya mendapat sambutan yang amat membanggakan.Ust Jamil,Imam masjid dengan penuh semangat berkata,pihak masjid dengan tanga terbuka menerima apa saja program dari Terapcare untuk diadakan di Masjid ini.Perasmian Penutup dihadiri Ust Mohammad Hamizan selaku pengerusi Terapcare,dan beliau diberikan penghormatan untuk menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid tersebut yang bertajuk Anak Soleh Penyejuk Mata hati..
READ MORE- Kem Anak Soleh 2011