
Ust Hamizan bersama Timbalannya En Syukri di Majlis Kenduri kahwin

Pengerusi Terapcare bersama Pelajar Maktab Mahmud

Pengerusi menziarahi keluarga miskin di Nai Teh

Mesyuarat bulanan Terapcare bersama wakil cawangan

Pengerusi turut serta membakar sosej di Program Santai anak muda Pong Manis di Tasik Pedu

Menghirup udara yang nyaman di tengah tasik sambil menikmati makanan
Terapcare terus menongkah arus dan badai menuju impian yang hakiki iaitu keredhoaan Allah.Terapcare ditubuhkan bagi membantu golongan yang memerlukan dan mendekati semua lapisan masyarakat.Kini,Terapcare mempunyai 50 cawangan dan keahlian mencecah 2000 orang.Terapcare menjadi tempat tumpuan bagi anak muda.Tempat berhimpunnya ribuan anak muda Padang Terap.Pelbagai aktiviti disajikan seperti perkelahan,pengajian agama,sukan,konvoi,jelajah fakir miskin sehinggalah mendirikan sebuah sekolah tahfiz yang menjadi milik penuh Terapcare.Inilah yang harus dibanggakan oleh setiap warga Padang Terap,anak muda Padang Terap sudah mula berubah kepada menjadi anak muda yang cintakan kebajikan dan cintakan Islam..Namun disana akan ada orang yang mempunyai hasad dengki yang membara,pelbagai tohmahan dan hasutan dilemparkan,tapi Allah Maha Berkuasa,dari Pengerusi sehinggalah seluruh ahli tidak berganjak walau selangkah kebelakang,mereka tetap teguh dan utuh dibawah panji yang satu dan matlamat yang jelas.Buat semua warga Terapcare,sekalung tahniah buat kalian atas usaha yang murni ini..semoga Allah memberkatinya..
READ MORE- Terapcare terus bersama Masyarakat Padang Terap