SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Saturday, December 10, 2011

Majlis Kacau Bubur Assyura Peringkat DUN Kuala Nerang


Ahli Skuad membungkus bubur untuk diagihkan kepada masyarakat..Sebanyak 1000 bungkus diagihkan kepada masyarakat
Pengerusi turut serta mengacau bubur asyura
Ust Hamizan selaku pengerusi Terapcare berbual bersama Ahli Skuad yang menyertai program Assyura

menjamu selera setelah penat kacau buboq sora
Teruskan perjuangan kalian wahai anak muda Padang Terap
Anak muda yang cintakan program kebajikan
Ahli SCTC Naiteh bergotong royong
Yang berat dipikul yang ringan dijinjing

Terapcare terus menyusun dan melaksanakan pelbagai program yang disertai oleh anak muda Padang Terap.Sempena sambutan Hijratul Rasul SAW,Terapcare tidak melepaskan peluang untuk mengadakan Majlis Kacau Bubur Asyura.Nai Teh telah dipilih menjadi tuan rumah bagi program assyura peringkat DUN Kuala Nerang.Sebanyak 10 kawah telah disediakan dan bubur tersebut diagihkan kepada masyarakat sekitar.Terapcare mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Skuad Cakna Masyarakat Terapcare Cawangan Naiteh dan seluruh cawangan di DUN Kuala Nerang yang memberikan kerjasama yang amat baik dalam melancarkan program yang baik ini.Semoga jasa yang diberikan akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT..
READ MORE- Majlis Kacau Bubur Assyura Peringkat DUN Kuala Nerang

Wednesday, December 7, 2011

Jelajah Al Masakin Ke Mukim Kurong Hitam


Pengerusi Terapcare menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak muda di Bukit Nyamuk
Pak Lang yang kini berusia 81 tahun masih kuat berjalan antara penerima sumbangan dari Terapcare
menyantuni warga emas di jelajah al masakin

dimana saja ada warga yang memerlukan di Pdg Terap,Terapcare akan cuba bantu sedaya mungkin



Antara barang sumbangan untuk diagihkan kepada penerima
Ahli SCTC Bukit Nyamuk di rumah seorang warga emas Kg Malau

Jelajah Al-Masakin Terapcare diteruskan pula ke 4 buah kampong di Mukim Kurong Hitam.Antara kampong yang terlibat ialah Kg Bukit Nyamuk,Kg Malau,Kubang Lintah dan Padang Balai.Jelajah ini melibatkan warga emas dan golongan miskin disini.Terapcare menyumbangkan sumbangan barang-barang dapur kepada penerima bagi meringankan bebanan yang dialami mereka akibat kenaikkan harga barang.Ust Hamizan ketika ditanya menyatakan bahawa beliau amat berbangga dengan kesungguhan ahli SCTC yang amat peka dengan kebajikan orang-orang kampong mereka.Inilah harapan kita bagi mewujudkan suasana masyarakat yang cintakan kebajikan,memupuk sikap tolong menolong dan kerjasama antara semua tanpa mengira batasan politik dan usia.Semoga NGO ini akan sentiasa diterima kewujudannya dalam masyarakat dengan menabur budi dan jasa buat semua warga Padang Terap yang kita amat sayangi..
READ MORE- Jelajah Al Masakin Ke Mukim Kurong Hitam

Tuesday, December 6, 2011

Terapcare terus utuh dengan perasmian cawangan ke 53


YB Ust Nasir dan ust Hamizan bergambar kenangan bersama AJK yang baru di lantik
Doa dipanjatkan Kehadrat Ilahi bagi memohonkan keberkatan dariNya
YB Ust Nasir Merasmikan Cawangan

menikmati jamuan ringan seusainya majlis perasmian

Kalau tak kenal maka tak cinta,itulah pepatah yang sedang dituturkan oleh anak muda dan warga Padang Terap.Apabila pelbagai tohmahan dan kutukan dilemparkan,masyarakat menjadi tertarik untuk mengenali Terapcare,maka ramailah anak muda dan dewasa memohon untuk menjadi ahli badan NGO ini.Alhamdulillah,setakat ini sudah ada 53 cawangan di seluruh Padang Terap ujar Pengerusi Terapcare.Mereka hadir tanpa dipaksa dan kesanggupan mereka bersama Terapcare tidak boleh digugat.buat masa ini,Terapcare telah mejalar subur disegenap pelusuk bumi Padang Terap yang kita sayangi.inilah sebuah NGO Kebajikan dan belia yang diakui paling aktif di Negeri Kedah sehinggakan Ust Hamizan selaku pengerusinya diberikan penghargaan oleh kerajaan negeri dengan dinobatkan sebagai Tokoh Belia Negeri kedah 2011.
READ MORE- Terapcare terus utuh dengan perasmian cawangan ke 53

lensa Terapcare..




Ust Mohd Hamizan dijemput menyampaikan ceramah dan merasmikan sabutan Hijratul Rasul di Harvard Hotel,Bidong Kedah. Anjuran GEMS untuk lepasan siswazah seluruh Malaysia


naik motor bersiar disekitar Pengkalan Tok Mas
tak kira siapa dan dimana,Pengerusi bersama bersantai di Pengkalan Tok Mas Pedu
Ust Hamizan menyantuni seorang warga emas di Kg Tanjung Luar..usianya hampir 90tahun
Ust Hamizan menziarahi seorang persakit Pundi Kencing sehari sebelum beliau meninggal..Semoga Rohnya di cucuri Rahmat Allah..Al-fatihah

Macam-macam ragam pengerusi Terapcare,boleh bersantai bersama anak muda dan boleh bersama warga tua,inilah yang menarik minat segenap lapisan masyarakat untuk bersama Terapcare.Beliau boleh bersama dengan siapa saja dengan selamba. Terapcare terus menempa sejarah baru diPadang Terap dengan mengubah banyak perkara disini..semoga hasrat murni ini akan terus menerima sokongan dan ianya senantiasa di berkati Allah
READ MORE- lensa Terapcare..

Sunday, December 4, 2011

Majlis Khatan PerdanaTerapcare 2011


majlis khatan perdana terapcare belangsung pada 03 dis 11 yang lalu di dewan serbaguna pekan Naka,melibatkan 30 orang peserta khatan.allhamdulilah sambutan yang amat menggalak kan daripada warga padang terap.seting-tinggi penghargaan kepada Skuad Cakna Terapcare kerana telah menjayakan majlis ini dengan jayanya.
bergambar sebelum khatan
adik-adik ini sedang dimandikan oleh pengerusi dan ahli parlimen padang terap.



YB Ust Nasir dan Ust Hamizan menyambut ketibaan YB Ust Mohd Izzat Shauki Adun Bukit Lada,Timbalan speeker Dewan Undangan Negeri Kedah.
READ MORE- Majlis Khatan PerdanaTerapcare 2011