SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Sunday, November 21, 2010

Majlis Jamuan AidilAdha dan Meraikan petugas Banjir Skuad Cakna Terapcare di Kg Perik


Bergambar kenangan bersama Skuad Cakna Terapcare cawangan Perik
Ust Hamizan menyapa pengunjung warga Emas di majlis Jamuan Aidil Adha Terapcare 2010
Ust Hamizan menyampaikan sumbangan kerusi Roda kepada Adik Mohd Zahir yang cacat sejak kecil
Ust Hamizan menyampaikan saguhati kepada petugas Banjir
Saguhati tanda ingatan dari AJK Terapcare atas kesungguhan mereka melakukan kerja-kerja kebajikan

En Azizan Yusof menyampaikan hadiah
Pengerusi Terapcare menyampaikan ucapan semangat kepada Ahli Skuad Cakna Terapcare Daerah Padang Terap

Zulkifli Hj Ibrahim Ketua Zon Perik menyampaikan ucapan aluan


Setelah musibah banjir sudah reda Padang Terap,AJK Terapcare mengadakan suatu Majlis bersempena Hari Raya Aidil Adha iaitu jamuan Aidil Adha..Bunyinya agak pelik tapi itulah hakikatnya program yang diilhamkan oleh Ust Hamizan selaku pengerusi Terapcare.Di Majlis itu,Terapcare menyampaikan sedikit saguhati kepada petugas skuad cakna yang bertungkus lumus membersih rumah-rumah mangsa banjir sekitar Padang Terap. Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Ust Hamizan dan juga EN Syukri selaku Timbalan pengerusi dan En Azizan Setiausaha Terapcare Daerah Padang Terap.Sumbangan itu sebagai pembakar semangat kepada Para petugas sekaligus menaikkan semangat Ahli-ahli yang lain untuk berbakti kepada masyarakat.
READ MORE- Majlis Jamuan AidilAdha dan Meraikan petugas Banjir Skuad Cakna Terapcare di Kg Perik

Terapcare terima dan agihkan 30 ekor lembu korban ke seluruh Padang Terap



Agihan Daging didahulukan kepada golongan Miskin
.Para petugas Korban Perdana Terapcare
Skuad Cakna Padang Setol melapah Lembu Korban
Ya Allah,Binatang ini MilikMu dan Kami Korbankan untukMu maka terimalah korban kami ini..
Korban di Kg Genting Palas
Aduh...penat rasanya selepas menaikkan Lembu keatas lori..kata Ust Hamizan.Memang susah untuk tolong orang susah...Nak Tolong orang susah kita yang akan susah dulu...
Adil..daging korban dibahagikan sama rata untuk semua orang miskin
berbincang dan mendengan aduan orang kampung ketika menunggu proses penyembelihan korban dilakukan di Kg Tanjung Padang Sanai
tolong menolong amalan mulia
Ust Hamizan menggagihkan daging korban kepada mangsa banjir dan masyarakat miskin Kg Pokka Padang Sanai Kedah
bersama Skuad Cakna masyarakat Terapcare meninjau majlis Korban di Kg Lubuk Labi
Bertanya Khabar berkenaan banjir di Kg Tanjung Kuala Janing..Lembu korban tersebut dimasak untuk disajikan kepada orang kampong
Skuad Cakna Terapcare bertungkus lumus mengagihkan daging korban
Pengerusi Terapcare Ust Hamizan bersama-sama orang kampong merebahkan lembu
bertarung nyawa untuk menaikkan lembu keatas lori untuk diagihkan ke Kampung yang dipilih
Ust Hamizan menyaksikan penyembelihan bagi mewakili peserta yang berada di Kuala Lumpur
Berbincang dengan wakil penerima di hari penyerahan Lembu Korban
Pengalaman yang terpendam, Ust Hamizan menggunakan kebolehannya memasukkan tali hidung lembu di Kg Kubang Juluk sebelum diserahkan kepada orang kampung

En Baharom selaku Pengarah Korban Terapcare menangkap lembu korban untuk diserahkan kepada penerima

Pada tahun ini,Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap(Terapcare) menerima sebanyak 30 ekor lembu untuk dikorbankan di Padang Terap.Ust Hamizan berkata,Beliau menerima penyertaan dari seluruh negara khususnya selangor dan Kuala Lumpur.Alhamdulillah,rezeki semakin bertambah dan beliau amat berpuas hati kerana hampir 50 buah kampung dapat merasai Nikmat daging korban yang disumbangkan oleh penderma yang bermurah hati.Ust Hamizan menceritakan pengalaman pahit manis menguruskan Program ini,katanya,AJK Terapcare boleh dikatakan bertarungkan hidup mati ketika proses pemunggahan lembu korban tersebut..namun bila difikirkan orang yang miskin akan gembira dengan kerja buat kita,maka keletihan dan ketakutan itu luput dari fikiran..yang penting golongan Mustadafin diberikan pembelaan..Semoga Allah membalas segala jasa baik Tuan/Puan yang menderma..semoga Allah memberkati..
READ MORE- Terapcare terima dan agihkan 30 ekor lembu korban ke seluruh Padang Terap