SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Sunday, February 19, 2012

Majlis Sambutan Ambang Maulidurrasul Di Masjid Assaadah Kg Pong Utara









Terapcare telah menganjurkan majlis kenduri bersama orang kampung di Kg Pong Utara iaitu di Masjid Assaadah bersempena Maulidurrasul SAW.Pada sebelah malamnya diadakan ceramah yang penceramahnya ialah Ust Ahmad Husam Bin Dato' Syeikh Muhammad Baderuddin.Hadir sama dalam majlis tersebut YB Ust Mohd Nasir Zakaria dan YBhg Ust Mohammad Hamizan Amzah.
READ MORE- Majlis Sambutan Ambang Maulidurrasul Di Masjid Assaadah Kg Pong Utara

Sekitar Majlis Penganugerahan Bengkong Seni SIlat Gayong Pusaka Malaysia























Pada Hari Sabtu 18hb Feb 2012,majlis penganugerahan bengkong kepada anak2 gayong yang telah tamat latihan.Majlis diadakan di Mini Stadium Kuala Nerang.Majlis dirasmikan oleh Ust Rosli Bin Azmi Pegawai Khas Menteri Besar Kedah untuk bahagian Belia dan Sukan menggantikan YB Dato' Dr Hj Hamdan Khalib EXCO Belia Kedah yang tidak dapat hadir.
READ MORE- Sekitar Majlis Penganugerahan Bengkong Seni SIlat Gayong Pusaka Malaysia

Saturday, December 31, 2011

Hari Kemuncak Kejohanan Motorcross Ambang 2012


























hari terakhir kejohan motorcross peringkat negeri Kedah anjuran Terapcare Daerah Padang Terap & Kelab Motorcross Lebai Saman(kemles)yang disaksikan oleh YB. S. Manikumar A/L Subramaniam exco kerajaan Negeri Kedah,YB Ustaz Nasir Bin Zakaria ahli Palimen Padang Terap,ustaz Hamizan Bin amzah pengerusi Terapcare daerah Padang Terap, serta JKKP Kg Lebai Saman dan MKK kg lebai Saman juga turut memeriahkan program tersebut. dan diangarkan 5 ribu penonton yang hadir menyaksikan kejohanan motocross ambang 2012. alhamdulilah semua berjalan dengan lancar, cuma ada berlaku kemalangan-kemalangan kecil.hanya cedera ringan sahaja. sekalung tahniah kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung..

READ MORE- Hari Kemuncak Kejohanan Motorcross Ambang 2012

Friday, December 30, 2011

Hari pertama Kejohanan Motor cross Ambang 2012 Peringkat Negeri Kedah














Terapcare bersama Kelab Motor Cross Lebai Saman (KEMLES),Pejabat YB Parlimen Pdg Terap dan Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan Kejohanan Motor cross 2012 bertempat Litar Motorcross Kg Lebai Saman.Prgram ini dirasmikan oleh YB Dr Hj Ismail Salleh EXCO Kerajaan Negeri Kedah.Hadir sama YB Ust Nasir,Ust Hamizan Amzah,Penghulu Yusof mewakili Tuan Pegawai Daerah,En Jasnizam Hj Husni,Azizan Yusof,MKK dan JKKP Kg Lebai saman.Hampir 3000 anak muda dan warga setempat hadir menyaksikan perlawanan hari pertama.Program ditangguhkan pada jam 6 ptg dan akan disambung esok.
READ MORE- Hari pertama Kejohanan Motor cross Ambang 2012 Peringkat Negeri Kedah

Monday, December 26, 2011

Skuad Cakna Bendang Tok Teri Buka gelanggang silat







Silat merupakan salah satu kesenian dan cara mempertahankan diri.Skuad Cakna Terapcare Cawangan Bendang Tok Teri Naka mengambil peluang membuka gelanggang untuk mewariskan ilmu seni silat gayung ini kepada anak muda.Majlis pembukaannya disempurnakan oleh Ust Hamizan selaku Pengerusi Terapcare dan turut dihadiri Guru Tua Kedah Silat Gayung Harimau Hitam iaitu Pakteh Mad Zain.Lebih kurang 30 ahli yang menyertai silat gayung tersebut.
READ MORE- Skuad Cakna Bendang Tok Teri Buka gelanggang silat