SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Saturday, January 1, 2011

Kembara bermotor Skuad Cakna Terapcare 2011


YB Ust Nasir menyampaikan sumbangan di Kg Perik
Sumbangan untuk Kg Kuala Janing dan Kg Tanjung
YB Menyampaikan sumbangan untuk Warga Keda Bukit Kura
Ust Hamizan menyampaikan sumbang untuk pelajar Kg Bukit Buluh
Azizan Yusof menyampaikan sumbangan untuk pelajar Padang Setol
YB Ust Nasir menyampaikan tazkirah sebelum zohor kepada peserta Kembara bermotor di masjid Padang Setol

Anak muda berarak sambil menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin
Gelombang semangat anak muda yang impikan perubahan
YB Ust Nasir melepaskan kembara bermotor Skuad Cakna Terapcare 2011
YB Ust Nasir membaca doa selamat sebelum memulakan Kembara mengelilingi Parlimen Padang Terap
Tahun 2011 telah tiba,Terapcare melalui Skuad Cakna Masyarakatnya mengadakan Kembara Bermotor Skuad Cakna Terapcare 2011 pada 1.1.11. bermula pada jam 9 .00 pagi sehingga 5.30 petang. Seramai 139 buah motosikal pelbagai jenis ,3 buah motorsikal berkuasa tinggi dan 16 buah kereta menyertai Kembara tersebut. Program dimeriahkan lagi dengan penyertaan dari YB Ust Nasir Zakaria,Ahli Parlimen Padang Terap, Ust Mohd Hamizan Amzah Pengerusi Terapcare,Azizan Yusuf ,Amzah Hassan dan seluruh Ajk Terapcare.Sejarah terukir di Padang Terap apabila Kembara tersebut menjadikan Masjid sebagai Check Point untuk berhenti dan menyampaikan sumbangan peralatan persekolahan kepada pelajar2 dari keluarga yang miskin.Antara Masjid yang disinggah ialah Masjid Naka,masjid Padang Setol,Surau Kg Kuala Janing dan Masjid Kuala Nerang. Makan tengahari disediakan oleh Skuad cakna Cawangan Padang Setol.Sebelum makan ,YB Ust Nasir dan Ust Hamizan menyampaikan sedikit tazkirah di masjid tersebut sebagai nasihat kepada Ahli2 Skuad Cakna,kemudian program diteruskan dengan solat Zohor berjemaah.Kembara diteruskan sehingga berakhirnya di Kg Perik pada pukul 5.30 petang.Tahun ini seramai 200 orang pelajar miskin diberikan sumbangan oleh Terapcare.

READ MORE- Kembara bermotor Skuad Cakna Terapcare 2011