SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Sunday, July 4, 2010

Terapcare anjurkan jelajah Al-Masakin bersama Wanita Perkim Bukit Antarabangsa..



Ust Hamizan bersama wakil Perkim Bukit Antarabangsa Selangor menyampaikan sumbangan.
Pengerusi Terapcare bergambar didepan penempatan rakyat Padang Terap

Terima kasih la ust,ingat jugak muha kat tok ni
Pengerusi Terapcare menziarahi warga emas yang lumpuh di Kg Tanjung Putus
Yang Tua dikasihi yang muda Di sayangi

Pengerusi dan Setiausaha Terapcare Azizan Yusof bertanya khabar warga Padang Terap

Tabung kebajikan Al-Masakin Padang Terap(TERAPCARE) bersama Wanita Perkim Bukit Antarabangsa Selangor mengadakan program bersama masyarakat miskin Padang Terap.sebanyak 4 Buah kampung yang sempat diziarahi iaitu Kg Belukar Luas,Kg Tanjung Putus ,Kg Datuk dan Kg Pong Utara .Sebanyak 18 buah keluarga miskin diziarahi dan disampaikan sumbangan barang makanan dan sedikit wang belanja kepada mereka.Program ini merupakan Program tetap Terapcare untuk turun ke kampung-kampun seluruh Padang Terap bagi mendengar permasaalahan mereka dan menyelesaikannya sekadar termampu.Segala Sumbangan yang disalurkan kepada Golongan Miskin ini ialah hasil dari Ehsan Perkim Bukit Antarabangsa dan orang perseorangan Sekitar Kuala Lumpur yang menginfaqkan harta mereka untuk dijadikan saham untuk akhirat. Ustaz Hamizan berjanji,pihak Terapcare akan meneruskan aktiviti yang sangat baik ini dimasa akan datang sekirannya Terapcare mempunyai kemampuan..
READ MORE- Terapcare anjurkan jelajah Al-Masakin bersama Wanita Perkim Bukit Antarabangsa..