SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Sunday, December 18, 2011

Majlis Bubur Assyura Di Padang Setol







Terapcare terus mengadakan aktiviti sempena Sambutan Maal hijrah 1433 H.Assyura menjadi juadah penting dalam sambutan Maal Hijrah.disegenap cawangan dalam Daerah Padang Terap diadakan bubur asyura.Padang Setol dipilih untuk mewakili DUN Pedu dan sebelah malamnya diadakan Forum Perdana sempena Maal Hijrah yang Panelnya ialah Ybhg Tuan Syeikh Faisol ,Tuan Syeikh Abdullah Awang Sa dan Pengerusinya Ust Mat Isa Abd Rahman.Majlis diadakan dengan kerjasama Pejabat Agama Pdg Terap ,Pusat Khidmat Parlimen Pdg Terap dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah
READ MORE- Majlis Bubur Assyura Di Padang Setol