SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Wednesday, September 21, 2011

Terapcare terus misi kebajikan dan setiasa bersama golongan muda


Pengerusi bersama Sdr Rahim AJK SCTC menziarahi warga emas yang uzur di Kg Musa Pedu
YB Ust Nasir menyampaikan jersi kepada anak muda Kg Bukit Buloh
Pengerusi bersama Setiausaha dan Naib Ketua SCTC menziarahi Sdr Amin yang lumpuh akibat kemalangan
Ust Hamizan menggunting rambut anak Sdr Nazri di Kg Banggol 9 Padang Sanai
YB Ust Nasir dan Pengerusi Terapcare menziarahi warga emas yang tinggal di Kubang Juluk
YB Penaung dan Pengerusi Terapcare menziarahi Sdr Rosdi yang terkena penyakit kencing tikus di Kg padang Gelanggang
Pengerusi Terapcare melawat mangsa kebakaran di Kg Lubuk Perong
Warga SCTC Kg Ulu Padang Sanai bersama Pengerusi dan MKK Kg Ulu bergambar kenangan seusainya Program Gotong Royong di Tanah Perkuburan Kg Ulu
Pengerusi bersama AJK Cawangan Lubuk Perong setelah merasmikan Cawangan itu

Terapcare terus dekati masyarakat Padang Terap.Selepas Aidilfitri,Terapcare telah menerima kunjungan ratusan ahli baru dari 6 buah kampong.Pengerusi Terapcare telah merasmikan 6 cawangan baru selepas hari raya.Cawangan tersebut ialah Kg Ulu,Kg Kuala Tekai,Kg Seberang,Kg Lubuk Perong,Kg Musa dan Bendang Raja.Alhamdulillah,setelah 5 tahun usia Terapcare ,ianya memberikan kekuatan kepada Pengerusi dan seluruh jawatankuasa serta semua ahli bagi menempuhi pelbagai ujian dan dugaan yang mendatang.Pengerusi Terapcare berharap agar ,perjuangan yang murni ini akan tetap disahut oleh anak muda remaja yang sayangkan tanah bertuah Padang Terap ini.
READ MORE- Terapcare terus misi kebajikan dan setiasa bersama golongan muda

Jamuan Aidilfitri Skuad Cakna Cawangan Meriah


Pengerusi Terapcare bersama ratusan warga Lubuk Merbau Pedu mengambil juadah di jamuan Hari Raya Skuad Cakna Cawangan itu
Pengerusi mencuba bakat memasak roti canai di Jamuan Aidilfitri Cawangan
Lubuk Merbau Pedu
Jamuan Aidilfitri di Bukit Tembaga
YB Ust Nasir dan Pengerusi Terapcare menyampaikan duit raya kepada kanak2 di Jamuan Aidilfitri Cawangan Lubuk Labi
YB Ust Nasir menyampiakan bola takraw dan net kepada ketua SCTC
Cawangan Kg Ulu Padang Sanai Sdr Khairul Izwan Hafizi
Pengerusi Terapcare bersama Tuan Hj Syed Ibrahim Penasihat Terapcare menyampaikan Duit Raya di Cawangan Bukit Nambua

Terapcare terus menyusun pelbagai aktiviti untuk ahli dan masyarakat di Padang Terap. Sempena Hari Raya Aidilfitri yang baru saja berlalu,Terapcare melalui cawangan yang ada telah mengadakan jamuan Aidilfitri dibeberapa cawangan yang dipilih.Antara cawangan yang terpilih ialah Kg Pong Utara,Kg Bukit Nambua,Kg Pdg Setol,Kg Musa ,Kg Ulu Padang Sanai,Kg Bukit Tembaga,Kg Lubuk Merbau,Bukit Buloh,dan Bendang Raja. Pelbagai juadah disediakan antaranya Ketupat,lemang,rendang,sate dan sebagainya.Dengan adanya Program ini,masyarakat dapat berkerjasama ketika menyediakan juadah untuk disajikan.Inilah yang sangat diimpikan oleh Terapcare iaitu mengumpulkan segenap lapisan masyarakat bagi memupuk budaya tolong menolong antara satu sama lain.Semoga hasrat dan matlamat murni ini akan diberkati oleh Allah.
READ MORE- Jamuan Aidilfitri Skuad Cakna Cawangan Meriah