SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Sunday, December 27, 2009

Terapcare duta penyelamat rakyat...


Ust Hamizan menyampaikan wang zakat dari penyumbang Terapcare kepada warga emas yang miskin, gembiranya tak dapat digambarkan....Makcik ini tinggal keseorangan dirumah usang peninggalan arwah suami... anak-anaknya mendirikan rumah disekitar rumahnya untuk memudahkan mereka menjaga mak cik ini, anak-anaknya juga miskin dan bekerja sebagai penoreh getah..
Ust Hamizan bersama AJK Islamic Human Care Club,iaitu sebuah kelab dari mahasiswa KUIS yang tampil untuk berganding bahu bersama terapare untuk membantu masyarakat
Padang Terap

Bergambar dengan penerima sumbangan Terapcare...


Pengerusi Terapcare ,Ust yahya (tengah) ketika menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada kanak-kanak OKU di Padang Terap...Gembiranya tak dapat digambarkan...hanya Allah yang mengetahui.....




Merenung masa depan di pintu pondoknya.... Mak Cik ini bukan menagih simpati, tetapi inilah realiti kehidupan di dunia ini....

READ MORE- Terapcare duta penyelamat rakyat...

Tuesday, December 22, 2009

Mengharung Lumpur mencari rezeki....


Pernahkah saudara melihat pekerjaan ini??? mak cik ini sedang menangkap ikan di dalam lumpur untuk dimakan dan yang selebihnya dijual untuk menambah pendapatan ..beginilah pekerjaan orang miskin,mereka tidak mengenal penat lelah dalam pekerjaan,mereka sanggup buat apa saja untuk mencari sesuap nasi...
Ust Hamizan bersama -sama mereka melihat proses "Menimba Ikan" di kawasan sawah..

Alangkah gembiranya mereka apabila melihat ikan yang mengelupur bila air kering...kerana itulah habuan mereka...



kayu-kayu di angkat keluar dari lubuk ,untuk memudahkan proses penangkapan ikan...

walaupun dah nak masuk 53 tahun kita merdeka,masih ada golongan seperti ini,mungkin ada ynang bertanya,mengapa keadaan begini wujud?? ketahuilah bahawa Allah sengaja menciptakan kaya dan miskin untuk men jadi ujian kepada mereka,oleh itu yang kaya bantulah yang miskin,yang miskin bersabarlah atas dugaan..kerana kemanisan syurga menanti di sana...

READ MORE- Mengharung Lumpur mencari rezeki....

Terapcare bersama masyarakat miskin Padang Terap....



Ust Ahmad,seorang guru Agama kampong,Ilmunya banyak tetapi hartanya tiada...Ust Mad merupakan ketua kampung di Kubang Palas(MKK)

Nenek Ini sungguh gembira bila ada orang yang prihatin dengan kemiskinan mereka





Ust Hamizan selaku Setiausaha Terapcare berada di beranda rumah Ust Ahmad di Kg Kubang Palas..bayangkan..adakah saudara sanggup untuk duduk dirumah begini?? dan sanggupkah saudara membiarkan saudara kita hidup begini???


baru-baru ini,Terapcare telah mengadakan majlis jamuan kenduri hasil sumbangan masyarakat dari Kuala Lumpur yang di adakan di rumah Ust Ahmad Kg Kubang Palas. Pada majlis berkenaan ,seekor kambing di Akikahkan untuk di sajikan kepada masyarakat kiskin sekitar.. juadah pada hari itu diserikan dengan hidangan ulam-ulam kampong yang dicari dalam hutan di kawasan tersebut.jelas terpancar diwajah mereka kegembiraan bilamana adalagi masyarakat dari luar yang berada sangup membantu mereka yang miskin di pendalaman disini..
READ MORE- Terapcare bersama masyarakat miskin Padang Terap....

Monday, December 21, 2009

Rayuan sumbangan pendidikan Anak-anak miskin Padang Terap


sinarilah hidup mereka dengan didikan Agama...
Pada tahun ini,Terapcare akan mengadakan aktiviti tahunannya iaitu menyampaikan sumbangan untuk pelajar-pelajar miskin daerah Padang Terap. Seperti tahun yang lalu,terapcare menyalurkan sumbangan kewangan untuk pembiayaan yuran kepada seramai 86 orang ,maka pada tahun ini terapcare menganggarkan sebanyak 150 orang pelajar miskin akan menerima sumbangan ini, maka terapcare memerlukan sumbangan dari pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan sebanyak RM35,000.00 untuk diagihkan kepada mereka yang berhak.Ini kerana ,terapcare berpendapat bahawa,jika anak-anak ini di didik dengan didikan yang sempurna,mereka akan dapat mengubah keadaan kehidupan keluarga mereka pada masa akn datang.Terapcare meletakkan syarat kepada penerima iaitu,mereka hendaklah menyerahkan anak-anak mereka kepada terapcare untuk dijadikan anak angkat,maka sekiranya Dato'/Datin/Tuan/Puan menghulurkan sumbangan ,maka dengan secara automatik ank-anak ini menjadi anak angkat dato/datin/tuan/puan.. Terapcare juga telah memutuskan bahawa anak-anak ini hendaklah di asuh dengan ilmu Agama,kerana kita mengharapkan mereka akan mewarisi generasi Islam selepas kita..Terapcare memilih sebuah sekolah yang berada di kawasan Padang Terap untuk dijadikan tempah mendidik anak-anak ini iaitu Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah yang merupakan sebuah sekolah yang terkenal di negeri Kedah..Oleh itu,kami mengharapkan jasa baik dari Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk menghulurkan sumbangan demi untuk melihat generasi Islam akan kekal sampai bila-bila..
Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah

READ MORE- Rayuan sumbangan pendidikan Anak-anak miskin Padang Terap

Tuesday, December 8, 2009

Hikmah Sedekah Menurut Islam



Oleh: Ust Mohammad Hamizan Bin Amzah

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan dibekalkan rezeki dengan pelbagai sukatan.Ada yang kaya dan ada yang miskin,semuanya dari Allah.Oleh itu Islam menggalakkan umatnya yang kaya supaya bersedekah kepada yang miskin sebagai bukti syukur atas pemberian Allah dan juga mengembalikan harta yang dipinjamkan oleh Allah kepadanya itu kepada asnaf yang berhak iaitu Fakir Miskin.Marilah kita hayati hikmah-hikmah sedekah supaya setiap dari kita tahu akan kelebihannya.
Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)". - (Bukhari dan Muslim)

Hayat Sedekah. . .

Firman Allah swt:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111

Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi:
Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki.
Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan
dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh.


Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa
penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan dirahmatiNya kerana keikhlasan itu. Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang bermaksud:
"Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara:
Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya.
Ilmu yang dimanfa'atkan orang lain.
Doa anak yang salih. _ (Riwayat Muslim)

Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh
sedekahnya ketika hayat didunia. Ini pasti dapat mengelakan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya.

Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka.
READ MORE- Hikmah Sedekah Menurut Islam

Saturday, December 5, 2009


Selamat Hari Raya Aidil Adha, semoga segala pengorbanan dan perjuangan kita diberkati Allah
READ MORE-

Majlis Khatan Perdana Terapcare



Baru-baru ini,Terapcare dengan kerjasama YB Ust Mohd Nasir Zakaria(Ahli Parlimen Padang Terap) dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap mengadakan Majlis Berkhatan Perdana bertujuan untuk membantu anak-anak miskin kawasan Padang Terap.Majlis itu diserikan lagi dengan majlis kenduri kesyukuran anjuran Terapcare dengan menumbangkan seekor lembu dan 4 ekor kambing. Kenduri disumbangkan oleh Tuan Haji Yusuf B.Ismail dari Ara Damansara dan yang lainnya ditambah dari tabung Terapcare.. Seramai 17 orang kanak-kanak dikhatankan di Pejabat Terapcare dan 42 orang di Markaz Majlis Tindakan DUN Pedu dengan jumlah keseluruhan 59 orang.. Dengan berlansungnya majlis ini,masyarakat miskin Padang Terap mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh penyumbang dan penderma yang telah meringankan bebanan mereka..
Jelas terpancar dari wajah anak-anak ini kegembiraan untuk berkhatan hasil simpati masyakat yang prihatin


Kanak-kanak yang telah siap dikhatankan
Seluruh masyarakat datang bergotong- royong menyediakan jamuan untuk di sajikan kepada pengunjung
READ MORE- Majlis Khatan Perdana Terapcare

Kemeriahan Majlis Korban Perdana anjuran Terapcare bersama masyarakat miskin Padang Terap


Ust Hamizan bersama masyarakat kampung ketika selesai penyembelihan koban
En Baharom,Pengarah Urusan program koban(baju hitam) sedang membahagikan daging korban
Masyarakat bergotong royong melapah daging korban

Adalah menjadi rutin tahunan Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap untuk mengadakan program Korban Perdana hasil daripada sumbangan orang ramai.Pada tahun ini,Alhamdulillah , Terapcare dapat mengorbankan sebanyak 11 ekor lembu hasil sumbangan masyarakat yang prihatin khususnya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Terapcare membahagikan lembu-lembu tersebut ke beberapa buah kampung antaranya Kg Pong Utara,Kg Pong Manis,Kg Tengah,Kg Tandop Besar,Kg Kuala Janing,Kg Nako Nambua dan kg Barokhas.. Lebihkurang 500 orang msikin sekitar yang dapat merasai kenikmatan daging korban yang di agihkan Terapcare.Terapcare mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan penderma yang telah menyumbangkan lembu untuk menjayakan program ini.Semoga Dato'/Datin/Tuan/Puan diberkati dan dirahmati Allah..


Pengerusi Korban Terapcare bersama biri-biri yang dikorbankan
Lembu korban di Kg Pong Utara
Korban di Kg Pong Manis
Korban Di Kg Tengah,Mukim Perik
READ MORE- Kemeriahan Majlis Korban Perdana anjuran Terapcare bersama masyarakat miskin Padang Terap

Monday, November 23, 2009

Fadhilat dan hikmah berkorban....




Oleh: Ust Mohd Hamizan Amzah

Bersempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini, marilah sama-sama kita renungkan fadhilat dan hikmah yang terdapat dalam ibadah korban.

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian :
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.

Diingatkan kepada semua, Korban dan akikah yang lebih Afdal hendaklah dilaksanakan dan disedekahkan dagingnya kepada fakir miskin yang layak menerima ,lebih utama fakir miskin dalam negeri atau negara kita, kerana itu kewajipan kita.. kurang enak bila dilihat pada masa kini,korban dan akikah di buat diluar negeri, adakah dalam negari kita tak ada orang miskin? apa yang akan kita jawab di hadapan Allah bila ditanya mengapa kita meminggirkan fakir miskin yang layak menerima dalam negari sendiri? fikirkanlah wahai orang-orang yang beriman...semoga diberkati Allah.

d

READ MORE- Fadhilat dan hikmah berkorban....

Saturday, November 7, 2009

Padang Terap Dilanda Banjir...



Padang Terap: sudah jatuh ditimpa tangga, itulah perumpamaan untuk mangsa banjir kawasan Padang Terap.. sekali lagi bencana melanda Padang Terap terutamanya di Kg Semeliang,Padang Sanai,Kuala Pai dan banyak lagi.. ramai mangsa yang terlibat dan ada yang dipindahkan ke kawasan yang selamat..oleh itu Terapcare bersama-sama YB Ust Nasir memohon jasa baik Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk menghulurkan sumbangan meringankan beban mangsa-mangsa yang telibat..tak kira apa saja samaada wang ,pakaian dan makanan atau apa saja sumbangan iklas dari tuan/puan kami menerimanya dan di ucapkan Jutaan Terima kasih..Banjir yang melanda kawasan Padang Terap
READ MORE- Padang Terap Dilanda Banjir...

Monday, October 26, 2009

Gambaran Kemiskinan Padang Terap


beginilah keadaan penempatan masyarakat di Padang Terap
mungkin kita boleh fikirkan keadaan mereka dengan keadaan begini
Beginilah keadaan kemiskinan di Padang Terap,yang tak sepatutnya ada kerana Malaysia ini kaya buminya,banyak hasil yang Allah kurniakan.. akan tetapi,apakandaya.
Allah sengaja menciptakan kaya dan miskin untuk sama-sama membantu,yang kaya membantu yang miskin,yang miskin mendoakan kesejahteraan semua..maka Allah mewajibkan Zakat kepada hambanya untuk mengagihkan hasil rezeki kurniaanNya kepada semua..dan juga sedekah yang sangat-sangat dituntut dalam Islam supaya yang berada membantu yang miskin..betapa indahnya Islam,betapa Islam mementingkan Ukhuwah di antara makhluk ciptaan Allah..seperti sabda Nabi Muhammad SAW : sedekah itu akan menjadi pendinding kepada sesiapa yang melakukannya daripada api neraka di akhirat nanti..maka ,berzakatlah dan bersedekahlah anda dengan apayang dikurniakan oleh Allah itu..Warga Padang Terap setia menunggu sedekah dan sumbangan dari Dato'/Datin/Tuan /Puan untuk sama-sama mereka rasainya..
READ MORE- Gambaran Kemiskinan Padang Terap

Sunday, October 25, 2009

PELUANG UNTUK MENAMBAH SAHAM DI AKHIRAT!!!!!!!!!!!!!!!!







cerianya fakir miskin dengan dging yang dikorbankan golongan berada
seperti tahun-tahun yang lalu,Terapcare akan mengadakan satu program tahunan iaitu korban perdana.Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada fakir miskin Padang Terap merasa nikmatnya daging lembu yang dikorbankan oleh para dermawan . Ada 2 peluang kepada sesiapa yang ingin menyertai korban perdana ini,iaitu pertamanya , tuan/puan boleh mengambil satu bahagian korban itu kemudian menyerahkan kepada terapcare untuk memilih anak-anak fakir miskin untuk di niatkan kepada anak-anak tersbut bahagian akikah atau korban yang Dato'/Datin, tuan/puan sumbangkan..keduanya Dato'/Datin/tuan/puan boleh menyertai korban tersebut dengan diniatkan atas nama sendiri atau ahli keluarga dan dagingnya akan diagihkan kepada fakir miskin kawasan Parlimen Padang Terap.. Harga bagi satu bahagian korban dan akikah ialah RM350 sahaja.. sebarang masalah boleh hubungi Pengarah Korban Perdana 2009 Ust Hamizan Amzah 0193721731-0174233244..




READ MORE- PELUANG UNTUK MENAMBAH SAHAM DI AKHIRAT!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, October 20, 2009

Antara aktiviti Terap care



Pengerusi Terapcare ust yahaya bersama penduduk miskin

pengerusi dan setiausaha Terapcare ketika menyampaikan sumbangan kerusi roda sumbangan Bank Rakyat kepada En Ibrahim

YB Ust Nasir menyampaikan sumbangan sempena Aidilfitri

masih ada lagi masyarakat Padang Terap yang merasakan teratak ini setaraf hotel lima bintang bagi mereka.
Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi,kais poetang makan petang..
Inilah Padang Terap,yang masih memerlukan perhatian semua pihak.
Allah sengaja menciptakan kaya dan miskin untuk menguji tahap ketaqwaan hamba kepada-Nya dan tahap syukur diatas pemberian Yang Maha Esa.
READ MORE- Antara aktiviti Terap care

SENARAI JAWATANKUASA TERAP CARE


Penaung
YB Ust Mohd Nasir Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap

Pengerusi
YBhg Ustaz Yahaya Bin Saad B.K.M

Setiausaha
YBhg Ustaz Mohd Hamizan Bin Amzah

Bendahari

YBhg Ustaz Che Darus Bin Hj Ismail

Ahli Jawatankuasa

Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Omar
En. Ayob Bin Bakar
En. Amzah Bin Hassan
Ustaz Fauzi Bin Hj Abd Hamid
Pn. Azizah Bt Ismail
Pn. Siti Hamidah Bt Hj Abd Rahman


READ MORE- SENARAI JAWATANKUASA TERAP CARE

Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap


Sebuah NGO Islam yang bergerak aktif untuk membantu fakir miskin khususnya di Parlimen Padang Terap.Ditubuhkan pada tahun 2007,ekoran daripada kesedaran bahawa semua Umat Islam adalah BERSAUDARA,maka TerapCare ditubuhkan dengan mengumpul dana dari segenap pelusuk negara..Semua mengetahui,Padang Terap merupakan kawasan yang terpinggir dan agak mundur berbanding kawasan-kawasan lain di Negeri Kedah Darul Aman.Keluasannya lebih kurang negeri Perlis,mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu P07 Padang Terap yang diwakili oleh YB Ust Mohd Nasir Bin Zakaria,dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N07 Kuala Nerang diwakili oleh YB Dato' syed Sobri dan N08 Pedu diwakili oleh YB Dato' Seri Mahazir Khalid(Bekas Menteri Besar Kedah).Padang Terap dulunya terkenal dengan kawasan pondok pengajian Agama Islam antaranya masih kekal sampai ke hari ini iaitu Pondok Tuan Guru Hj Wan Ahmad(Pondok Pak Teh Mat) dan sekarang ditukarkan kepada Maktab Padang Terap, Pondok Tuan Guru Hj Ibrahim ( sekarang Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah,kg Barokhas) dan sekolah Menengah Agama Siddikiah Padang kerasak .. ini bermakna ,dahulunya Padang Terap merupakan Zon Ilmu agama yang sekarang ini semakin terhakis dek kerana kemodenan zaman, tetapi ,setelah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan mengambil alih kerajaan Negeri Kedah,satu transformasi berlaku,beliau memperkasakan semula sekolah-sekolah Agama diseluruh Kedah termasuklah sekolah yang terdapat di Padang Terap.Tetapi apakandaya,keterbatasan sumber kewangan Kerajaan Negeri menyebabkan beliau terpaksa berjimat cermat dalam melaksanakan segala perancangan yang di rencanakan.
Padang Terap,yang dulunya juga terkenal dengan kawasan GULA PADANG TERAP yang mana semua sedia maklum,terdapat sebuah kilang memproses gula dan tanah orang kampung disewa untuk menanam tebu gula,ketika itu,rakyat Padang Terap terasa gembira kerana mendapat bayaran yang agak lumayan setiap kali tebu di tebang.Tetapi semuanya telah berubah,sekarang tiada lagi ladang tebu,rakyat kembali merana dek kerana sesetengah pemimpin pentingkan diri sendiri.. Kemiskinan berpanjangan, ada anak-anak yang tak dapat menyambung pengajian kerana kemiskinan,terpaksa berlapar ketika hujan kerana tak dapat nak menoreh getah, tiada apa yang nak di makan kecuali pucuk-pucuk kayu,ada yang merebus beras hancur atau beras ayam untuk dimakan,masih meggunakan air parit sebagai minuman, masih berbumbungkan daun rumbia,daun kelapa,daun ibus(sejenis tumbuhan yang berdaun lebar) yang tak sepatutnya berlaku di Negara yang Bernama Malaysia..
oleh itu,Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap mengorak langkah kehadapan untuk meringankan bebanan saudara-saudara kita di Padang Terap, TerapCare,menjadi jambatan penghubung antara tuan/puan dengan fakir miskin Padang Terap.Bantulah mereka kerana mereka juga saudara kita..maungkin hari ini mereka susah,entah esok atau lusa kita pula yang merana..bantulah sekadar yang termampu dengan REZAKI PINJAMAN ALLAH itu..
READ MORE- Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap