SEJARAH KAMI
DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.
TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.
Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.
Tuesday, December 8, 2009
Hikmah Sedekah Menurut Islam
Oleh: Ust Mohammad Hamizan Bin Amzah
Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan dibekalkan rezeki dengan pelbagai sukatan.Ada yang kaya dan ada yang miskin,semuanya dari Allah.Oleh itu Islam menggalakkan umatnya yang kaya supaya bersedekah kepada yang miskin sebagai bukti syukur atas pemberian Allah dan juga mengembalikan harta yang dipinjamkan oleh Allah kepadanya itu kepada asnaf yang berhak iaitu Fakir Miskin.Marilah kita hayati hikmah-hikmah sedekah supaya setiap dari kita tahu akan kelebihannya.
Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)". - (Bukhari dan Muslim)
Hayat Sedekah. . .
Firman Allah swt:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111
Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi:
Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki.
Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan
dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh.
Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa
penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan dirahmatiNya kerana keikhlasan itu. Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang bermaksud:
"Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara:
Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya.
Ilmu yang dimanfa'atkan orang lain.
Doa anak yang salih. _ (Riwayat Muslim)
Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh
sedekahnya ketika hayat didunia. Ini pasti dapat mengelakan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya.
Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka.
No comments:
Post a Comment