SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Wednesday, September 21, 2011

Jamuan Aidilfitri Skuad Cakna Cawangan Meriah


Pengerusi Terapcare bersama ratusan warga Lubuk Merbau Pedu mengambil juadah di jamuan Hari Raya Skuad Cakna Cawangan itu
Pengerusi mencuba bakat memasak roti canai di Jamuan Aidilfitri Cawangan
Lubuk Merbau Pedu
Jamuan Aidilfitri di Bukit Tembaga
YB Ust Nasir dan Pengerusi Terapcare menyampaikan duit raya kepada kanak2 di Jamuan Aidilfitri Cawangan Lubuk Labi
YB Ust Nasir menyampiakan bola takraw dan net kepada ketua SCTC
Cawangan Kg Ulu Padang Sanai Sdr Khairul Izwan Hafizi
Pengerusi Terapcare bersama Tuan Hj Syed Ibrahim Penasihat Terapcare menyampaikan Duit Raya di Cawangan Bukit Nambua

Terapcare terus menyusun pelbagai aktiviti untuk ahli dan masyarakat di Padang Terap. Sempena Hari Raya Aidilfitri yang baru saja berlalu,Terapcare melalui cawangan yang ada telah mengadakan jamuan Aidilfitri dibeberapa cawangan yang dipilih.Antara cawangan yang terpilih ialah Kg Pong Utara,Kg Bukit Nambua,Kg Pdg Setol,Kg Musa ,Kg Ulu Padang Sanai,Kg Bukit Tembaga,Kg Lubuk Merbau,Bukit Buloh,dan Bendang Raja. Pelbagai juadah disediakan antaranya Ketupat,lemang,rendang,sate dan sebagainya.Dengan adanya Program ini,masyarakat dapat berkerjasama ketika menyediakan juadah untuk disajikan.Inilah yang sangat diimpikan oleh Terapcare iaitu mengumpulkan segenap lapisan masyarakat bagi memupuk budaya tolong menolong antara satu sama lain.Semoga hasrat dan matlamat murni ini akan diberkati oleh Allah.

No comments:

Post a Comment