SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Monday, August 27, 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri Terapcare Meriah



















Kemeriahan Aidilfitri amat jelas dirasai oleh segenap lapisa masyarakat .Terapcare,mengadakan majlis rumah terbuka aidilfitri yg saban tahun diadakan di rumah pengerusinya Ust Hamizan Amzah.Pada tahun ini kehadiran mencecah 2000 orang.Rumah terbuka ini juga dimeriahkan dengan kehadiran tetamu dari warga Thai Pedu yang mereka juga telah menjadi Ahli Skuad Cakna Terapcare.Antara tetamu yang hadir ialah YB Ust Nasir,Ust Azam Aziz,Tok Penhulu Hj Mat Ali,Ust Yahaya Saad Ahli Majlis Daerah,wakil Jabatan dan seluruh lapisan masyarakat.dalam ucapannya ,Pengerusi Terapcare mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua yang hadir.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment