SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Thursday, December 13, 2012

Pasukan Kg Lamdin Siam juara Bola sepak


Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Bola Sepak Kaum Thai Lamdin yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak anjuran Pemuda Kg Masjid Baru.Johan membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM 1000.Pasukan ini mengalahkan pasukan Bendang Raja FC dngan sepakkan penalti.Majlis penyampaian hadiah disampaikan Oleh YB Ust Nasir selaku Ahli Parlimen Padang Terap dan Ust Hamizan Amzah Pengerusi Terapcare Padang Terap

No comments:

Post a Comment

Post a Comment