SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Thursday, December 13, 2012

Terapcare Anjur Khatan Perdana 2012












8.12.2012.Terapcare menganjurkan Majlis Khatan Perdana dengan anjuran bersama Pejabat YB Parlimen Padang Terap dan MTD Pedu.Kos pengurusan ditanggung oleh pihak penganjur.Pada tahun ini seramai 45 anak-anak dikhatankan oleh mudim tempatan Padang Terap.Majlis dirasmikan oleh YB Ust Izzat Shauki Timbalan Speaker DUN Kedah.Majlis ini adalah program tahunan Terapcare yang kini telah dilaksanakan sebanyak 5 tahun berturut-turut.Terapcare mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang bagi menjayakan majlis yang amat bermakna ini.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment