SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Monday, October 31, 2011

Terapcare teruskan misi jelajah bantu golongan warga emas dan miskin


Alhamdulilah..amanah para penderma telah kami laksanakan..semoga semua penyumbang sentiasa di berkati Allah..

bersama dengan warga emasdi Padang Setol yang jari kakinya dipotong akibat kencing manis
Berhenti seketika untuk sujud kepada Allah di Waktu Asar
Sesungguhnya Allah amat menyukai anak muda yang sujud KepadaNya
Tunggu giliran untuk berwuduk
Sumbangan Zakat kepada asnaf yang selayaknya menerima
Bersama Tuan Khamis,MKK Kg Tanjung Luar menyantuni warga emas
Terapcare meredah apa saja untuk sampaikan sumbangan kepada warga Padang Terap

disinilah hotel 5 bintang rakyat jelata


Tangisan tanda kegembiraan dari seorang warga emas
Nenek ni tak tahan sebak..beliau menangis sebaik saja Ust Hamizan menghulurkan sumbangan kepadanya..Ya Allah..akan kami bantu mereka sedaya mungkin dengan keizinanMu Ya Allah


sedikit sumbangan tanda ingatan sempena AidilAdha
Tok Tam bersama anaknya yang setia bersama menjaganya..
Pengerusi Terapcare bertanya khabar kepada Tok Itam di Kg Tanjung Luar Pedu..Umurnya dah 94 tahun..Subhanallah..

31hb Oktober 2011: Terapcare bersama ahli Skuad Cakna Terapcare mengadakan Ziarah Warga Emas di sekitar Pedu yang melibatkan Kampung Tanjung Luar,Kg Banggol Pong dan Kg Padang Setol. Sumbangan barang makanan sempena Aidiladha dan wang zakat telah disampaikan sendiri oleh Ust Hamizan selaku Pengerusi Terapcare Padang Terap dengan disertai oleh Ketua Lajnah Kebajikan DUN Pedu iaitu Sdr Najib .Sebanyak 20 buah rumah telah dilawati dalam siri jelajah ini.Pengerusi menegaskan bahawa,jelajah ini akan diteruskan ke setiap kampung yang mempunyai Cawangan Terapcare diseluruh daerah Padang Terap.beliau juga berbangga dengan kesungguhan Ahli Skuad Cakna yang turut serta dalam jelajah ini,mereka ialah anak muda ynag amat cintakan kebajikan kepada warga miskin,mereka golongan muda yang berpengetahuan,dengan semangat inilah,Terapcare terus kukuh walau pelbagai tohmahan menjelma.Alhamdulillah,setakat ini sudah 50 cawangan di Seluruh Padang Terap.
READ MORE- Terapcare teruskan misi jelajah bantu golongan warga emas dan miskin