SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Friday, December 2, 2011

Mesyuarat Persiapan Majlis Khatan Perdana 2011







Terapcare merancang dan berusaha untuk melaksanakan program Khatan Perdana pada 3hb12 2011 bertempat di Dewan Naka.Semalam merupakan mesyuarat Ajk Program yang diadakan di Pejabat Terapcare di Kuala Nerang.Oleh itu Terapcare menjemput seluruh lapisan masyarakat untuk sama2 hadir bagi menjayakan majlis ini.
READ MORE- Mesyuarat Persiapan Majlis Khatan Perdana 2011

Thursday, December 1, 2011

Bukit Nyamuk Cawangan yang ke 51 Terapcare








Terapcare terus menerima keahlian dan cawangan baru dari belia Padang Terap.Baru-baru ini belia bukit Nyamuk dan Kubang Lintah tidak melepaskan peluang untuk bersama dengan terapcare bagi menjadi sukarelawan kepada masyarakat.Malam perasmian diserikan dengan bakar sate sumbangan YB Nasir dan Ust Hamizan..Hampir 60 org belia yang mengisi borang keahlian bagi menjadi ahli Skuad Cakna Masyarakat Terapcare.
READ MORE- Bukit Nyamuk Cawangan yang ke 51 Terapcare

Malam perasmian cawangan Bendang Tok Teri Naka









Bendang Tok Teri antara cawangan yang ke 52 Terapcare di Padang Terap.Ia dirasmikan oleh Ust Hamizan selaku pengerusi Terapcare Padang Terap.Disertai oleh 41 orang ahli dikalangan anak muda yang amat meminati Terapcare.Ust Hamizan berbangga dengan pemikiran anak muda Padang Terap yang amat meminati bidang kebajikan dan seterusnya menceburi organisasi dalam Terapcare.Semoga usaha murni ini akan senantiasa dipelihara dan di berkati oleh Allah..
READ MORE- Malam perasmian cawangan Bendang Tok Teri Naka