SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Sunday, December 11, 2011

Anak muda cintakan kebajikan


Terapcare akan terus berbakti kepada warga Padang Terap
Ust Hamizan menyampaikan sumbangan kepada warga emas
AJK SCTC bersama Pengerusi Terapcare menyampaikan sumbangan di Lubuk Ipoh

dimana saja ,Terapcare tampil menghulurkan sumbangan


Ust Hamizan berbual dengan Pak Ya di Malau yang matanya tak dapat melihat kerana kencing manis

Dalam kesibukkan masa di musim cuti sekolah ini,Pengerusi Terapcare bersama ahli skuad cakna terus menyusun program jelajah al-masakin bagi menyampaikan sumbangan kepada warga emas,ibu tunggal dan anak yatim.sebanyak 20 buah rumah di lawati dalam jelajah minggu ini.
READ MORE- Anak muda cintakan kebajikan