SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Saturday, January 16, 2010

Sehari bersama masyarakat miskin Padang Terap...


Ustaz Hamizan bersama Mohd Khairan ketika program jelajah..inilah dapur masyarakat miskin Padang Terap...
Inilah penempatan masyarakat Padang Terap,berdindingkan Buluh...betapa susahnya hidup mereka...
Adakah kita sanggup hidup dan tinggal di rumah begini???
Gembira menerima sumbangan dari Tuan/Puan...tak putus-putus mereka berterima kasih...
menghulurkan sumbangan sekadar yang teramampu..sebagai tanda prihatin dan kasih sayang


Disinilah tempat berteduh dan tempat merehatkan diri..sementara menunggu panggilan ilahi...
Apa khabar Pak Long...?? sihat ust...,jawab mereka...Ini sumbangan sikit dari Penyumbang dari Kuala Lumpur untuk Pak Long...terima kasih ustaz..semoga Allah murahkan rezeki penyumbang ini...doa mereka...amin..


Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap(Terapcare) mengadakan program jelajah jejak Fakir Miskin baru baru ini.. segenap ceruk kampung di jelajahi untuk menyalurkan sumbangan barang makanan dan zakat hasil sumbangan orang ramai.. program ini di ketuai setiausaha terapcare,ust hamizan dan di ikuti oleh mahasiswa Kolej Universiti Insaniah Alor Setar Kedah..lebihkurang 6 buah kampung yang sempat dikunjungi dalam program tersebut..jelas terpancar di raut wajah mereka kegembiraan bila menerima sumbangan tersebut.Terapcare bercadang untuk menjadikan program jelajah ini sebagai rutin bulanan bagi meringnkan bebanan mereka..
READ MORE- Sehari bersama masyarakat miskin Padang Terap...