SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Monday, February 7, 2011

Jelajah Bersama YB Ahli Parlimen Padang Terap ke 10 buah kampung..


Terapcare ke Kg Tanjung Kuala Nerang
Yang senang membantu yang susah..itulah ajaran Islam
masih ada insan yang prihatin...
beginilah keadaan dapur rumah rakyat Padang Terap
Mak Cik ni menangis menceritakan mereka sekeluarga kadang2 tak makan kerana duit tak ada
peserta jelajah berhenti seketika dalam perjalanan ke rumah orang miskin Pong Manis
Inilah mahligai rakyat...
bersama En Hafiz,seorang Insan Pemurah dari Kuala Lumpur..hadir bersama kami untuk membantu warga Padang Terap

Jalan untuk ke rumah Abg Ad ni tersekat kerana pokok tumbang..mujurlah ada Skuad Cakna boleh settle kerja..

Terapcare menerima kunjungan seorangh dermawan dari Kuala Lumpur iaitu En Hafiz yang sudi untuk hadir membantu masyarakat miskin disini..Alhamdulillah,sebanyak 30 penerima sumbangan dari 10 buah kampung di Padang Terap.Sumbangan merupakan barangan keperluan harian dan sedikit wang zakat dari en Hafiz.Antara Kampung yang dilawati ialah Bukit Nambua,Pong Utara,Pong Manis,Naka,Kubang Juluk,Kg Tanjung Kuala Nerang,Kuala Janing,Barokhas,dan Padang Setol.
READ MORE- Jelajah Bersama YB Ahli Parlimen Padang Terap ke 10 buah kampung..

Terapcare prihatin nasib warga Kg Bukit Tembaga


Ust Hamizan berbincang dengan MKK dan Tukang rumah yang turut hadir berkenaan kos memperbaiki dapur nenek ini yang terlalu uzur.
Keadaan dapur rumah yang terlalu uzur
Disinilah tempat mereka berehat dan berteduh
Terima kasih ustaz noh...Ingat juga kat tok disini...
seorang ibu yang tabah,berusia 41 tahun,menjaga anak2 yang masih kecil apabila kematian suami tersayang,kakak ini mengambil upah menoreh getah pawah demi mencari rezeki untuk anak2
Menyampaikan sumbangan barang keperluan harian dan sedikit wang untuk mereka yang memerlukan

Misi jelajah Al-Masakin diteruskan ke Kg Bukit Tembaga,ramai dikalangan mereka yang tinggal di rezab tanah disekitar Felda Bukit Tembaga.Ust Hamizan selaku Pengerusi Terapcare bersama MKK Bukit Tembaga dan AJK Skuad Cakna Cawangan dan Daerah turun padang bagi menyelami masalah dan cuba menyelesaikan masalah saudara seagama dan sebangsa dengan kita disana.Terapcare menyampaikan sumbangan barang makanan dan sedikit wang untuk digunakan oleh penerima.Bukit Tembaga merupakan cawangan Skuad Cakna yang ke 19 yang dirasmikan oleh Pengerusi Terapcare 3 bulan yang lalu..Hadir sama ialah Abd Qaiyum Aris Timbalan Setiausaha Terapcare,Hj Khaidir MKK Bukit Tembaga,Faroqi Ismail,AJK SCTC Daerah,Kamal,Ketua Cawangan SCTC Bukit Tembaga dan sahabat2 yang lain.Program ini akan berterusan ke Kampung-kampung yang lain bagi meringankan penderitaan yang ditanggung mereka.
READ MORE- Terapcare prihatin nasib warga Kg Bukit Tembaga

Sunday, February 6, 2011

Konvensyen Skuad Cakna Terapcare kali pertama meriah


Ahli Jawatankuasa Skuad Cakna Terapcare sesi 2011-2012.
Wakil SPR mengira jumlah undian
Perwakilan membuang undi memilih Naib Ketua Skuad Cakna Daerah
Kg Padang Setol menerima anugerah Cawangan Paling Aktif
Kg Tanjung Kuala Nerang menerima anugerah cawangan Harapan
Kg Perik dinobatkan sebagai cawangan Terbaik
Menyaksikan persembahan multimedia oleh Skuad Cakna Cawangan Perik
YB Dr Ismail merasmikan majlis
YB Ust Nasir menyampaikan amanat kepada ahli2 skuad Cakna
Pengerusi Terapcare menyampaikan ucapan
bacaan ikrar diketuai En Azmi Mat Dan
Antara perwakilan cawangan2 yang hadir.
Perasmi dan dif2 kehormat mengambil tempat di pentas
Pengerusi Terapcare menyambut ketibaan YB Dr Ismail

suasana di meja pendaftaran

Sejarah terukir di Padang Terap.Satu konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan oleh Terapcare dan dibantu oleh Pejabat YB Ahli Parlimen dan Majlis Daerah Padang Terap.Konvensyen ini dirasmikan oleh YB Dr Ismail Bin Salleh EXCO Kerajaan Negeri Kedah.Turut hadir YB Ust Nasir,Ust Hamizan Amzah,Syukri Abdullah selaku timbalan pengerusi,Azizan yusof Setiausaha,Dzulkifli Hussain dan Amzah Bin Hassan yang merupakan AJK Terapcare,turt hadir MKK dan AJK Pemuda PAS Kawasan Padang Terap.Konvensyen ini disertai lebih kurang 300 peserta dan 130 darinya ialah perwakilan yang selebihnya pemerhati.Terapcare mempunyai 28 cawangan diseluruh Daerah Padang Terap dengan keahlian sekitar 750 orang.Konvensyen ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hbungan antara Ahli Skuad Cakna dan bagi membincangkan hala tuju Skuad Cakna dimasa depan..dalam masa yang sama,Terapcare menganugerahkan anugerah kepada cawangan dalam tiga kategori, cawangan terbaik dimenangi Kg Perik,Cawangan Paling Aktif Kg Padang Setol dan Cawangan Harapan dimenangi Kg Tanjung Kuala Nerang..
READ MORE- Konvensyen Skuad Cakna Terapcare kali pertama meriah