SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Thursday, August 12, 2010

Majlis Pelancaran Skuad Cakna Masyarakat Terapcare


YB Ust Mohd Nasir Zakaria ketika merasmikan Skuad Cakna Masyarakat Terapcare
Ust Mohd Hamizan Meyampaikan ucapan aluan

Bergambar bersama sebahagian Skuad Cakna Masyarakat Terapcare


Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap mengorak langkah kehadapan dengan menwujudkan sayap baru dalam organisasinya iaitu Skuad Cakna Masyarakat.Idea ini dicetuskan oleh Ust Mohd Hamizan Amzah selaku pengerusi Terapcare bertujuan untuk memberikan peluang anak muda tempatan berbakti kepada Masyarakat disini.Dalam ucapannya,Ust Hamizan menjelaskan,Skuad cakna masyarakat ini diwujudkan untuk membolehkan anak muda padang terap menceburi bidang kebajikan ini,daripada kita merempit dan melepak adalah lebih baik kita ringankan tulang dengan mengadakan program membantu saudara kita yang lemah..Dalam masa yang sama YB Ust Nasir ketika dalam ucapan perasmiannya menegaskan,beliau amat berterima kasih atas kesanggupan anak muda semua untuk membantu beliau dan Terapcare bagi meringankan masalah rakyat..Pengerusi Terapcare berjanji akan mengadakan pelbagai program terutamanya di Bulan Ramadhan ini.Sehubungan dengan itu,beliau juga mensasarkan ahli skuad ini seramai 200 .Bagi sesiapa yang berminat hubungi kami untuk pendaftaran dan anda akan diberikan sehelai baju skuad cakna.
READ MORE- Majlis Pelancaran Skuad Cakna Masyarakat Terapcare