SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Friday, December 24, 2010

Terapcare anjur Program kacau bubur Assyura


Ust Hamizan menyampaikan sedikit tazkirah selepas Solat Asar sempena Assyura
Anak muda semakin menunjukkan minat untuk mengetahui hal-hal agama
Mengaminkan doa untuk kesejahteraan dunia akhirat
Membungkus Bubur asyura untuk diagihkan kepada penduduk kampong
Tazkirah ringkas sebagai pendedahan berkaitan agama
Gotong -Royong menyediakan Bubur

Bubur asyura merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW

Maal Hijrah 1432 H telah tiba. Sebagai Umat Islam yang cintakan Nabi SAW,maka pada bulan ini digalakkan untuk membuat Bubur asyura. Terapcare bersama Skuad Cakna Padang Setol dan Lubuk Labi menyediakan sebanyak 450 bungkus bubur untuk diagihkan kepada golongan miskin sekitar. sebanyak 200 bungkus disediakan oleh Skuad Cakna Padang Setol dan yang selebihnya oleh Skuad Cakna Lubuk Labi.Seperti biasa,bagi Terapcare,inilah masa untuk menarik kembali anak2 muda untuk memahami Sunnah Nabi. Selepas mengacau bubur,Ust Hamizan Mengimamkan Solat Asar berjemaah,dan selepas itu diadakan sedikit tahlil serta tazkirah ringkas berkenaan Assyura. Alhamdulillah,dengan pendekatan yang dibuat,para remaja semakin menunjukkan minat mereka untuk mendalami Ilmu agama. Ust Hamizan menjelaskan,beliau lebih suka berdakwah sambil santai bersama anak2 muda dikawasannya,kerana ia akan meninggalkan kesan yang lama.Alhamdulillah,dengan sumbangan yang disalurkan,terapcare berjaya mengemudi bahtera ini untuk manfaat rakyat jelata.
READ MORE- Terapcare anjur Program kacau bubur Assyura

Thursday, December 23, 2010

Terapcare anjur Program Pecutan Akhir SPM 2010(PECUT10)


Bergambar kenangan bersama sebahagian Peserta PECUT 10
YBhg Tuan Hj Syed Ibrahim ,Ahli Majlis Daerah Mewakili YB Ust Aizat Timbalan Speaker DUN Kedah Merasmikan Penutupan Pecut10 di Dewan Terap Inn.
Ust Hamizan Pengerusi Terapcare menyampaikan ucapan
Pengerusi terapcare menyampaikan sedikit cenderahati kepada Guru jemputan

Cikgu Sukiman menyampaikan motivasi kepada peserta Pecut 10
Kumpulan pertama: Cikgu Fadzil menjelaskan tentang teknik2 menjawab soalan Matematik.
Kumpulan Kedua: Didedahkan berkenaan teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris
Skuad Cakna Terapcare bertungkus lumus menyediakan makanan untuk para peserta
Skuad Cakna antara yang paling berperanan dalam menjayakan agenda Terapcare

Tahun 2010 mencatatkan sejarah dalam diari Terapcare dimana terapcare mampu mengadakan Program Motivasi Pecutan Akhir SPM 2010 dengan melibatkan sembilan buah sekolah menengah seluruh Padang Terap.Seramai 132 orang peserta yang terlibat mewakili sekolah masing2.Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi memudahkan urusan guru yang bertugas untuk mendedahkan teknik2 menjawab kertas soalan.Program ini buat julung kalinya diadakan di Padang Terap dengan kerjasama Pejabat YB Ahli Parlimen Padang Terap dan juga Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap.Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh YBhg Tuan Hj Syed Ibrahim,Ahli Majlis Daerah Padang Terap mewakili YB Ust Mohd Aizat Shauki Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kedah yang tidak dapat hadir. untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh para penyumbang dan penderma,maka program yang dianjurkan ini diadakan secara percuma.Makan ,Minum dan segala persiapan untuk peserta dibiayai oleh Terapcare melalui sumbangan orang ramai.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.semoga Allah membalas segala amalan kita
READ MORE- Terapcare anjur Program Pecutan Akhir SPM 2010(PECUT10)

Majlis Khatan Perdana 2010


Ust Hamizan menyampaikan sedikit wang sebagai galakkan kepada adik2 ini
Peserta Khatan yang telah siap dikhatankan
Majlis Diserikan dengan Persembahan Marhaban Oleh Kumpulan Soutul Ikhwan
Penuh debaran menunggu giliran untuk dikhatankan
Ust Hamizan menyuap ubat tahan sakit kepada peserta khatan
Cara tradisional iaitu duduk atas batang pisang menjadi pilihan Terapcare kerana banyak khasiatnya



Sebelum khatan ,anak2 diberi makan terlebih dahulu
Orang kampong bergotong royong menyiang daging untuk dimasak
Seekor lembu ditumbangkan untuk disajikan kepada tetamu
Skuad Cakna Terapcare bertungkus lumus menyediakan khemah untuk majlis Berkhatan

Ust Hamizan menjadikan rumahnya sebagai Markas Induk Program Khatan Perdana 2010

Cuti sekolah pada tahun ini dimanfaatkan oleh Terapcare dengan mengadakan Majlis Berkhatan Perdana 2010.Bertempat di Rumah Ust Hamizan di Kg Pong Utara,Kuala Nerang,Kedah. Seramai 20 orang kanak2 dari seluruh Padang Terap dikhatankan disini.Mereka terdiri dari anak2 yatim dan Miskin dari segenap ceruk kampong .Kos Khatan dibiayai oleh Terapacare hasil sumbangan orang ramai dari Kuala Lumpur.Seekor lembu ditumbangkan sebagai sajian kepada tetamu jemputan.Semunya hasil sumbangan orang ramai. ust Hamizan berkata,Pada tahun ini jumlah sebenarnya hampir 30 orang,akan tetapi ada anak2 yang takut bila berdepan dengan mudim,maka jumlahnya berkurangan ke 20 orang sahaja,namun beliau berharap agar pada tahun yang akan datang,jumlah ini dapat ditingkatkan bagi memanfaatkan setiap sen sumbangan yang disalurkan kepada Terapcare.Ini adalah program tahunan Terapcare bermula pada tahun lepas dengan jumlah peserta 17 orang.ini menandakan sokongan masyarakat kepada Terapcare semakin bertambah dan keyakinan untuk menguruskan segala sumbangan semakin padu..InsyaAllah..dari semasa kesemasa,terapcare akan mengatur langkah dengan mengadakan pelbagai program yang akan memberikan manfaat kepada Masyarakat Miskin Padang Terap
READ MORE- Majlis Khatan Perdana 2010

Majlis bakar ayam Cawangan Padang Setol.


Ust Hamizan menyampaikan tazkirah kepada remaja Kg Padang Setol

Menjamu selera ayam bakar

Ahli Skuad Cakna Cawangan Padang Setol bergotong royong membakar ayam

Terapcare meneruskan programnya ke setiap Cawangan di seluruh Padang Terap iaitu Bakar Ayam bersama Remaja.Ini bertujuan menghimpunkan anak2 muda bagi mengisi sedikit sebanyak nasihat dalam program tersebut. Cawangan ini merupakan cawangan yang ke 3 setelah Kg Lubuk Labi dan Pong Utara yang telah selesai melaksanakannya.Ust Hamizan Berjanji untuk meneruskan program ini bagi menjadikan Dakwah boleh dimana sahaja..
READ MORE- Majlis bakar ayam Cawangan Padang Setol.