SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Monday, September 12, 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri Terapcare 2011 meriah...


YB Ust Nasir bersalaman dgn Abg Zul ketua cawangan sctc Perik
YB Ust Nasir dan Ust Hamizan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak
sate menjadi menu utama jamuan Aidilfitri Terapcare
Ust Azam mengetuai bacaan tahlil kemudian doa dibacakan oleh YB Ust Nasir
ribuan ahli dan penyokong Terapcare hadir memeriahkan Jamuan Aidilfitri Terapcare

Pada 4hb 9 2011,Terapcare telah mengadakan Jamuan Aidilfitri di rumah pengerusi Terapcare Padang Terap di Kg Pong Utara.Antara juadah yang disediakan ialah sate,lemang,ketupat,roti canai,laicikang,bihun goreng rendang dan buah buahan. Antara tetamu VIP yang hadir ialah YB Ust Nasir Zakaria,Ust Azam Aziz,Yahya Saud,Dzulkifli Hussin yang merupakan Ahli Majlis Daerah,MKK dan Ketua Ckuad Cakna Cawangan hadir memeriahkan majlis.Dalam ucapan pengerusi terapcare mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang hadir dan berterima kasih kepada semua Ahli yang bertungkus lumus menjayakan majlis pada malam itu. dalam masa yang sama,YB Ust Nasir mengingatkan dalam ucapannya supaya hadirin semua bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan olehNya..dan menyeru agar menjdikan Amalan yang dilakukan dibulan Ramadhan diteruskan pada selepas raya seperti tadarus ,jemaah dan sebagainya. selepas ucapan perasmian YB Ust Nasir, sebanyak 100 das tembakkan bunga api tajaan individu tertentu dilepaskan sebagai simbolik perasmian. Semoga dgn Majlis ini akan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan diantara seluruh rakyat di Padang Terap.Majlis ini telah menjadi acara wajib tahunan terapcare bermula tahun 2007 lagi.

No comments:

Post a Comment