SEJARAH KAMI
DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.
TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.
Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.
Thursday, December 13, 2012
Terapcare Anjur Khatan Perdana 2012
Pasukan Kg Lamdin Siam juara Bola sepak
Monday, August 27, 2012
Rumah Terbuka Aidilfitri Terapcare Meriah
Kemeriahan Aidilfitri amat jelas dirasai oleh segenap lapisa masyarakat .Terapcare,mengadakan majlis rumah terbuka aidilfitri yg saban tahun diadakan di rumah pengerusinya Ust Hamizan Amzah.Pada tahun ini kehadiran mencecah 2000 orang.Rumah terbuka ini juga dimeriahkan dengan kehadiran tetamu dari warga Thai Pedu yang mereka juga telah menjadi Ahli Skuad Cakna Terapcare.Antara tetamu yang hadir ialah YB Ust Nasir,Ust Azam Aziz,Tok Penhulu Hj Mat Ali,Ust Yahaya Saad Ahli Majlis Daerah,wakil Jabatan dan seluruh lapisan masyarakat.dalam ucapannya ,Pengerusi Terapcare mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua yang hadir.
Wednesday, August 22, 2012
Terapcare anjur majlis Khatam Quran dan Tahlil Perdana
Ramadhan Bulan Al-Quran.Terapcare tidak ketinggalan untuk menganjurkan majlis Khatam Quran bersama belia dan juga tahlil perdana bersama masyarakat.majlis diadakan di masjid Lubuk Perong. Jamuan berbuka puasa disediakan oleh pihak Masjid.Terapcare menyampaikan saguhati kepada peserta tadarus dan juga menyampaikan sumbangan kepada tabung masjid.Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut.
Tuesday, August 21, 2012
Pengerusi Terapcare turun padang melawat rumah dilanda ribut
Malang tak berbau,sebuah rumah di Kg Tanjung Luar pedu dihempap pokok Kelapa akibat ribut yang melanda,kejadian kira-kira jam 4 petang.Terapcare tampil menghulurkan sumbangan kewangan,dan barang makanan kepada magsa.Mangsa ada ketua Skuad Cakna Terapcare Kg Tanjung Luar.Kami doakan agar beliau sabar dan tabah menghadapi ujian Allah ini.