SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Saturday, September 18, 2010

Jamuan Aidilfitri Skuad CaknaTerapcare di Kg Perik


YB Ust Nasir menyampaikan ucapan
Zulkifli Ibrahim ketua Skuad Cakna Masyarakat Terapcare Zon Perik menyampaikan ucapan aluan
En Azizan Yusof Setiausaha Terapcare menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak yang hadir
Antara tetamu VIP yang hadir
YB Ust Mohd Nasir Ahli Parlimen Padang Terap menjamu selera bersama Rakyat
Pengunjung Rumah Terbuka Terapcre menjamu selera
Pengerusi Terapcare menyampaikan ucapan
Ust Hamizan meninjau persiapan Jamuan Aidilfitri Skuad Cakna

Aidlifitri menjelma lagi,Skuad Cakna Masyarakat Terapcare tidak ketinggalan untuk mengadakan Rumah terbuka sempena hari Lebaran.Pada tahun ini,Terapcare memilih Kg Perik untuk menjadi tuan rumah.Ini kerana Kg Perik mempunyai 50 orang Ahli Skuad Cakna yang berdaftar. Seekor lembu disumbangkan oleh Terapcare untuk dijadikan juadah yang disajikan kepada pengunjung rumah terbuka tersebut.Majlis diserikan lagi dengan tembakkan bunga api sebanyak 50 das yang dilepaskan selepas YB Ust Nasir merasmikan majlis tersebut sebagai simbolik Ahli Skuad Cakna seramai 50 orang. Ustaz Hamizan dalam ucapannya berkata,ini adalah Program Terapcare bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ISLAM.Terapcare berjanji akan mengadakan lagi majlis seperti ini di seluruh Daerah Padang Terap. Dalam ucapan perasmian YB Ust Nasir mengajak seluruh lapisan rakyat supaya menjadikan Islam dan Al-Quran sebagai titik pertemuan sebuah ikatan kekeluargaan nescaya kita tidak akan berpecah belah dengan masalah yang mendatang.
READ MORE- Jamuan Aidilfitri Skuad CaknaTerapcare di Kg Perik

Tuesday, September 14, 2010

Jamuan Aidilfitri Pengerusi Terapcare meriah



orang ramai membanjiri perkarangan rumah Ust Hamizan
YB makan bersama rakyat

Skuad Cakna Masyarakat Terapcare menjadi tulang belakang dalam setiap program Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap
YB Ust Nasir menyampiakan sedikit Tazkirah sempena Aidilfitri
Menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir
Mengaminkan doa yang dibacakan oleh YB Ahli Parlimen
Sate antara juadah istimewa Jamuan Aidilfitri pengerusi Terapcare
Pengerusi dan setiausaha Terapcare membantu skuad cakna menyediakan sate

Sempena dengan kedatangan Syawal pada tahun ini, Ustaz Mohd Hamizan mengadakan jamuan Hari Raya di Rumahnya. Ini adalah Acara tahunan beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Cawangan itu. Lebih kurang 1000 orang membanjiri majlis rumah terbukanya.Antara yang hadir ialah YB Ust Nasir,Yahaya Saud,Naib YDP PAS Kawasan,Syukri Abdullah Pengarah DUN Pedu,Ust Amin Setiausaha DEwan Pemuda PAS Kawasan,Ust Saifol Ketua Penerangan Pemuda,Hj Awang Samad Timbalan Ketua Bahagian PKR,Mat Hidin Ismail Setiausaha Kerja UMNO Bahagian dan ramai lagi.Beliau amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada petugas yang membantu menjayakan Majlis jamuan hari raya tersebut.
READ MORE- Jamuan Aidilfitri Pengerusi Terapcare meriah

Sentiasa Prihatin


Malang Tak Berbau...Kebakaran berlaku pada malam raya..
Ust Hamizan menyampaikan sumbangan dari Terapcare kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal dimalam Raya
Keadaan Rumah masyarakat Padang Terap
Bersama Skuad Cakna Masyarakat Terapcare meninjau keadaan masyarakat sambail menghulurkan sumbangan
YB Ust Nasir bersama pengerusi Terapcare menziarahi warga Padang Terap yang menghidap penyakit barah usus di Kg Rambutan
Tolong menolong amalan mulia
Sedikit sumbangan tanda ingatan di Aidilfitri

Pak Cik Ini sebak bila menerima sumbagan disaat menunggu kedatangan Lebaran
Yang Tua Dihormati Yang Muda Di Kasihi

Alhamdullilah,Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita pada tahun ini,Semoga berjumpa lagi ditahun hadapan.Bagi Pengerusi Terapcare Ustaz Mohd Hamizan Amzah,Ramadhan adalah bulan yang paling sibuk bagi beliau dan Jawatankuasanya menyusun dan mengatur prorgam jelajah kesegenap pelusuk kampong di Parlimen Padang Terap bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.Terapcare turut dibantu Oleh Pejabat Ahli Parlimen Padang Terap bagi melancarkan urusan membahagikan sumbangan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan penderma yang telah membantu terapcare menyinarkan lebaran masyarakat miskin Padang Terap kata Ust Hamizan.Sementara itu,YB Ust Nasir dalam ucapannya mendoakan semoga semua penyumbang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.. Terapcare mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua
READ MORE- Sentiasa Prihatin

Sunday, September 5, 2010

Titian kasih Terapcare diambang Aidilfitri


Ust Hamizan menyampaikan sumbangan barangan keperluan menyambut Aidilfitri
Kita berusaha menerapkan budaya tolong menolong sesama saudara..Ust Hamizan
menziarahi warga OKU sempena Aidilfitri

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma,Terapcare menghulurkan sumbangan barangan keperluan menyambut hari lebaran kepada warga Padang Terap yang miskin.Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ust Mohamad Hamizan selaku Pengerusi Terapcare kepada golongan miskin yang layak menerima.Sumbangan barangan makanan dan Beras Pulut diagihkan kepada 500 keluarga miskin Padang Terap.Ust Hamizan berkata sumbangan ini hasil dari sumbangan orang ramai di Kuala Lumpur yang di kumpul di bulan Ramadhan ini.Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma dan penyumbang kerana telah memberikan sinar kegembiraan kepada masyarakat Miskin sempena Ramadhan.Beliau juga berharap agar dengan sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan keluarga miskin sempena Lebaran yang akan menjelang tiba.
READ MORE- Titian kasih Terapcare diambang Aidilfitri

Thursday, August 12, 2010

Majlis Pelancaran Skuad Cakna Masyarakat Terapcare


YB Ust Mohd Nasir Zakaria ketika merasmikan Skuad Cakna Masyarakat Terapcare
Ust Mohd Hamizan Meyampaikan ucapan aluan

Bergambar bersama sebahagian Skuad Cakna Masyarakat Terapcare


Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap mengorak langkah kehadapan dengan menwujudkan sayap baru dalam organisasinya iaitu Skuad Cakna Masyarakat.Idea ini dicetuskan oleh Ust Mohd Hamizan Amzah selaku pengerusi Terapcare bertujuan untuk memberikan peluang anak muda tempatan berbakti kepada Masyarakat disini.Dalam ucapannya,Ust Hamizan menjelaskan,Skuad cakna masyarakat ini diwujudkan untuk membolehkan anak muda padang terap menceburi bidang kebajikan ini,daripada kita merempit dan melepak adalah lebih baik kita ringankan tulang dengan mengadakan program membantu saudara kita yang lemah..Dalam masa yang sama YB Ust Nasir ketika dalam ucapan perasmiannya menegaskan,beliau amat berterima kasih atas kesanggupan anak muda semua untuk membantu beliau dan Terapcare bagi meringankan masalah rakyat..Pengerusi Terapcare berjanji akan mengadakan pelbagai program terutamanya di Bulan Ramadhan ini.Sehubungan dengan itu,beliau juga mensasarkan ahli skuad ini seramai 200 .Bagi sesiapa yang berminat hubungi kami untuk pendaftaran dan anda akan diberikan sehelai baju skuad cakna.
READ MORE- Majlis Pelancaran Skuad Cakna Masyarakat Terapcare