SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Tuesday, September 14, 2010

Jamuan Aidilfitri Pengerusi Terapcare meriah



orang ramai membanjiri perkarangan rumah Ust Hamizan
YB makan bersama rakyat

Skuad Cakna Masyarakat Terapcare menjadi tulang belakang dalam setiap program Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap
YB Ust Nasir menyampiakan sedikit Tazkirah sempena Aidilfitri
Menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir
Mengaminkan doa yang dibacakan oleh YB Ahli Parlimen
Sate antara juadah istimewa Jamuan Aidilfitri pengerusi Terapcare
Pengerusi dan setiausaha Terapcare membantu skuad cakna menyediakan sate

Sempena dengan kedatangan Syawal pada tahun ini, Ustaz Mohd Hamizan mengadakan jamuan Hari Raya di Rumahnya. Ini adalah Acara tahunan beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Cawangan itu. Lebih kurang 1000 orang membanjiri majlis rumah terbukanya.Antara yang hadir ialah YB Ust Nasir,Yahaya Saud,Naib YDP PAS Kawasan,Syukri Abdullah Pengarah DUN Pedu,Ust Amin Setiausaha DEwan Pemuda PAS Kawasan,Ust Saifol Ketua Penerangan Pemuda,Hj Awang Samad Timbalan Ketua Bahagian PKR,Mat Hidin Ismail Setiausaha Kerja UMNO Bahagian dan ramai lagi.Beliau amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada petugas yang membantu menjayakan Majlis jamuan hari raya tersebut.

No comments:

Post a Comment