SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Saturday, September 18, 2010

Jamuan Aidilfitri Skuad CaknaTerapcare di Kg Perik


YB Ust Nasir menyampaikan ucapan
Zulkifli Ibrahim ketua Skuad Cakna Masyarakat Terapcare Zon Perik menyampaikan ucapan aluan
En Azizan Yusof Setiausaha Terapcare menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak yang hadir
Antara tetamu VIP yang hadir
YB Ust Mohd Nasir Ahli Parlimen Padang Terap menjamu selera bersama Rakyat
Pengunjung Rumah Terbuka Terapcre menjamu selera
Pengerusi Terapcare menyampaikan ucapan
Ust Hamizan meninjau persiapan Jamuan Aidilfitri Skuad Cakna

Aidlifitri menjelma lagi,Skuad Cakna Masyarakat Terapcare tidak ketinggalan untuk mengadakan Rumah terbuka sempena hari Lebaran.Pada tahun ini,Terapcare memilih Kg Perik untuk menjadi tuan rumah.Ini kerana Kg Perik mempunyai 50 orang Ahli Skuad Cakna yang berdaftar. Seekor lembu disumbangkan oleh Terapcare untuk dijadikan juadah yang disajikan kepada pengunjung rumah terbuka tersebut.Majlis diserikan lagi dengan tembakkan bunga api sebanyak 50 das yang dilepaskan selepas YB Ust Nasir merasmikan majlis tersebut sebagai simbolik Ahli Skuad Cakna seramai 50 orang. Ustaz Hamizan dalam ucapannya berkata,ini adalah Program Terapcare bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ISLAM.Terapcare berjanji akan mengadakan lagi majlis seperti ini di seluruh Daerah Padang Terap. Dalam ucapan perasmian YB Ust Nasir mengajak seluruh lapisan rakyat supaya menjadikan Islam dan Al-Quran sebagai titik pertemuan sebuah ikatan kekeluargaan nescaya kita tidak akan berpecah belah dengan masalah yang mendatang.

No comments:

Post a Comment