SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Wednesday, September 22, 2010

Terapcare Duta Penyelamat Rakyat


Pengerusi Terapcare bersama Skuad Cakna Masyarakat turun padang bertemu Masyarakat Miskin
Menghulurkan sumbangan selepas Aidilfitri
Tanda Ingatan kepada yang kurang berada
Kesakitan dan kesusahan merupakan ujian Allah,mungkin susah dunia,tapi senang Akhirat

Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap meneruskan agenda jelajahnya walaupun selepas Aidilfitri.Pengerusi Terapcare bersma Skuad Cakna Masyarakat Terapcare turun padang bagi menyelami masalah rakyat sekitar Parlimen Padang Terap.Beliau menjelaskan,Terapcare akan meneruskan jelajah ini setiap bulan bagi membolehkan segala masalah rakyat diselesaikan.Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penderma dan khususnya Skuad Cakna Masyarakat yang tanpa jemu mengambil bahagian disetiap program yang di anjurkan Terapcare.semoga segalanya akan dicatat oleh Allah sebagai amal kebajikan..

No comments:

Post a Comment