SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Sunday, September 5, 2010

Titian kasih Terapcare diambang Aidilfitri


Ust Hamizan menyampaikan sumbangan barangan keperluan menyambut Aidilfitri
Kita berusaha menerapkan budaya tolong menolong sesama saudara..Ust Hamizan
menziarahi warga OKU sempena Aidilfitri

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma,Terapcare menghulurkan sumbangan barangan keperluan menyambut hari lebaran kepada warga Padang Terap yang miskin.Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ust Mohamad Hamizan selaku Pengerusi Terapcare kepada golongan miskin yang layak menerima.Sumbangan barangan makanan dan Beras Pulut diagihkan kepada 500 keluarga miskin Padang Terap.Ust Hamizan berkata sumbangan ini hasil dari sumbangan orang ramai di Kuala Lumpur yang di kumpul di bulan Ramadhan ini.Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma dan penyumbang kerana telah memberikan sinar kegembiraan kepada masyarakat Miskin sempena Ramadhan.Beliau juga berharap agar dengan sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan keluarga miskin sempena Lebaran yang akan menjelang tiba.

No comments:

Post a Comment