SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Friday, May 20, 2011

Terapcare semakin difahami dan diterima masyarakat


YB Penaung Terapcare bersama pengerusi Terapcare menyampikan baju kepada 126 org ahli baru Kg Keda Semeliang,Kg Semeliang dan Padang Lanjut
Majlis Perasmian cawangan di Keda Bukit Kura
Cawangan Kg Datok
Cawangan Kg Tanjung Putus
Cawangan Kg Padang Cenderai

Bagi melancarkan program Terapcare diseluruh daerah Padang Terap,Skuad Cakna Terapcare dipromosikan bagi mengumpul seramai mungkin ahli sebagai sukarelawan bagi menjadi mata telinga Terapcare di setiap kampung. Setakat ini Skuad Cakna mempunyai 36 cawangan diseluruh Padang Terap dengan ahli seramai 1532 org setakat ini.Alhamdulilah,semakin ramai anak muda yang tampil bagi menyertai sukarelwan ini . Bangunnya mereka bagi menyahut seruan Allah iaitu Tolong menolong dalam perkara kebaikan dan kebajikan.Terapcare mensasarkan 2000 org ahli pada tahun ini dan InsyaAllah ianya akan menjadi kenyataan.
READ MORE- Terapcare semakin difahami dan diterima masyarakat

Terapcare akan bina Maahad Tahfiz untuk anak yatim dan miskin Padang Terap


Tanah yg telah dibersihkan yang bakal terbinanya komplek Tahfiz Quran
Kerja-kerja membersihkan tanah giat dijalankan
Pengasas Maahad Tahfiz An Nur berdiri dihadapan tanah yg bakal didirikn Maahad Tahfiz
Pengerusi Terapcare bersama Pak Wi(Juruukur) ketika menandakan sempadan Tanah

Bukan sekadar bantuan baiki rumah dan bantuan persekolahan serta bantuan makanan,Terapcare juga mengorak langkah bagi mencipta perubahan di Padang Terap dengan merancang untuk membina sebuah Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran An Nur Padang Terap yang bernombor pendaftaran AS0339460-P yang akan dibina diatas tanah seluas 8 relong 84 jemba bertempat di Kg Pong Utara. Kos yang dianggarkan sebanyak RM3.2 juta. Sumbangan dan zakat dari tuan / puam amat diperlukan. Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Cawangan Alor Setar 552022022639. atau hubungi Bendahari pembinaan Che Darus Ismail 0195986621..segala sumbangan amat dihargai dan didoakan smga tuan/puan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
READ MORE- Terapcare akan bina Maahad Tahfiz untuk anak yatim dan miskin Padang Terap

Terapcare terus bantu rakyat Padang Terap


Menghulurkan sedikit sumbangan kewangan dan bahan keperluan kepada warga emas di Kg Keda Bukit Kura
Menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Kg Nami
Menyediakan bahan binaan kpd rumah sdr Megat di Kg Baru Felcra Kubang Palas
Menghulurkan sumbangan meringankan bebanan sahabat kita di Perik, dapurnya runtuh akibat rumahnya terlalu lama
selepas seminggu lawatan,Terapcare terus menghulurkan sumbangan bahan binaan seperti yang dijanjikan
Terapcare menyampaikan sumbangan bahan binaan bagi membaiki rumah ini

Pengerusi Terapcare menyampaikan sumbangan di Kg Lubuk Labi
Menyampaikan sumbangan tongkat kepada sdr Aziz di Kg Mani Kuala Nerang

Terapcare meluncurkan langkahnya membantu sahabat-sahabat warga Pdg Terap yang kurang bernasib baik.Terapcare meneruskan sumbangannya dengan meneruskan siri Jelajah Fakir Miskin Padang Terap. Alhamdulillah,dengan rezeki yang dikurniakan Allah,maka Terapcare terus menyampaikan kepada golongan yg berhak.Jelajah ini diadakan setiap minggu yg diketuai oleh Ust Hamizan selaku Pengerusi Terapcare dengan diiringi oleh sahabat-sahabat AJK Terapcare Daerah Padang Terap.
READ MORE- Terapcare terus bantu rakyat Padang Terap

Tuesday, March 15, 2011

TerapCare Prihatin Nasib Rakyat


Melawat projek baik pulih rumah yang rosak di Kg Perik
Alhamdulillah,hasil sumbangan orang ramai,rumah sahabat ni dapat kita baiki
Menziarahi adik Mohd Zahir yang OKU , baru keluar hospital
Pengerusi TerapCare menlawat sebuah rumah yang rosak akibat banjir,habis kayu rumahnya reput akibat ditenggelami air
Menyampaikan sumbangan kepada Balu kepada bekas JKKK Kg Baru Felcra Kubang Palas
Kesian anak2 ni..ayah mereka baru meninggal sebulan lepas..nenek mereka yang jaga,ibunya pi belajar menjahit

Bersama Skuad Cakna Felcra Kg Kubang Palas

Terapcare meneruskan siri jelajahnya di Cawangan baru iaitu Felcra Kg Baru Kubang Palas.Seramai 6 buah rumah dilawati dan menerima sumbangan barang makanan dan sedikit wang saku.Terapcare juga meluluskan sumbangan memperbaiki sebuah rumah yang rosak dengan kos RM 2000 ringgit kepada En Megat.Sehubungan dengan itu,Pengerusi Terapcare memohon agar para penyumbang dan penderma yang prihatin agar tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan kemiskinan mereka.Selepas itu,pengerusi Terapcare meneruskan jelajahnya ke Kg Paya Terap dan Kg Baru Lembah Permai di Perik.Beliau melawat rumah saudara khairul yang menerima sumbangan dari terapcare bulan lepas.Khairul menerima bahan binaan dengan kos RM2000 dan urusan pembinaannya diuruskan secara gotong royong oleh skuad cakna.InsyaAllah,Terapcare akan sentiasa prihatin dengan golongan miskin di Padang Terap...
READ MORE- TerapCare Prihatin Nasib Rakyat

Sunday, February 27, 2011

Kejohanan bola sepak piala YB Penaung & Pengerusi Terap Care meriah


Johan dimiliki oleh Kg Pokka Sejahtera
Naib Johan Kg Barokhas
Ketiga dimenangi oleh Kg Belukar Luas
Tempat keempat perik

YB Ust Nasir bersama AJK Terapcare menyaksikan perlawanan akhir
Ust Hamizan bersama azizan setiausaha Terapcare tekut menyaksikan perlawanan
Team kg Lubuk Labi,bersemangat namun kecundang di pusingan ke2
perbincangan merupakan asas yang kukuh sesuatu program
hampir 600 orang anak muda hadir menyaksikan perlawan yang julung kali diadakan ini

Buat julung kalinya ,Skuad Cakna TerapCare menganjurkan perlawanan bola sepak merebut piala YB Penaung dan Pengerusi Terapcare tahun 2011.Sebanyak 30 pasukan yang menyertai perlawanan ini yang terdiri daripada cawangan2 Skuad Cakna Terap Care di Padang Terap.Program ini bertujuan memupuk semangat kesukanan dan persahabatan dikalangan ahli Skuad Cakna Terap Care itu sendiri.Perlawana ini diadakan di Padang Bola Kg Barokhas atas permintaan SCTC Cawangan Kg Barokhas .Alhamdulillah,ianya berjalan lancar dengan tiada sebarang perbalahan,namun ada sedikit rasa tidak puas hati bila pasukan mereka kalah..namun semangat setiakawan dalam SCTC menjadikan program ini meriah dan lancar.Pengerusi Terapcare berkata,program seperti iniakan diadakan 6 bulan sekali bagi memberikan manfaat kepada semua.
READ MORE- Kejohanan bola sepak piala YB Penaung & Pengerusi Terap Care meriah