SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Friday, May 20, 2011

Terapcare semakin difahami dan diterima masyarakat


YB Penaung Terapcare bersama pengerusi Terapcare menyampikan baju kepada 126 org ahli baru Kg Keda Semeliang,Kg Semeliang dan Padang Lanjut
Majlis Perasmian cawangan di Keda Bukit Kura
Cawangan Kg Datok
Cawangan Kg Tanjung Putus
Cawangan Kg Padang Cenderai

Bagi melancarkan program Terapcare diseluruh daerah Padang Terap,Skuad Cakna Terapcare dipromosikan bagi mengumpul seramai mungkin ahli sebagai sukarelawan bagi menjadi mata telinga Terapcare di setiap kampung. Setakat ini Skuad Cakna mempunyai 36 cawangan diseluruh Padang Terap dengan ahli seramai 1532 org setakat ini.Alhamdulilah,semakin ramai anak muda yang tampil bagi menyertai sukarelwan ini . Bangunnya mereka bagi menyahut seruan Allah iaitu Tolong menolong dalam perkara kebaikan dan kebajikan.Terapcare mensasarkan 2000 org ahli pada tahun ini dan InsyaAllah ianya akan menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment