SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Friday, May 20, 2011

Terapcare terus bantu rakyat Padang Terap


Menghulurkan sedikit sumbangan kewangan dan bahan keperluan kepada warga emas di Kg Keda Bukit Kura
Menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Kg Nami
Menyediakan bahan binaan kpd rumah sdr Megat di Kg Baru Felcra Kubang Palas
Menghulurkan sumbangan meringankan bebanan sahabat kita di Perik, dapurnya runtuh akibat rumahnya terlalu lama
selepas seminggu lawatan,Terapcare terus menghulurkan sumbangan bahan binaan seperti yang dijanjikan
Terapcare menyampaikan sumbangan bahan binaan bagi membaiki rumah ini

Pengerusi Terapcare menyampaikan sumbangan di Kg Lubuk Labi
Menyampaikan sumbangan tongkat kepada sdr Aziz di Kg Mani Kuala Nerang

Terapcare meluncurkan langkahnya membantu sahabat-sahabat warga Pdg Terap yang kurang bernasib baik.Terapcare meneruskan sumbangannya dengan meneruskan siri Jelajah Fakir Miskin Padang Terap. Alhamdulillah,dengan rezeki yang dikurniakan Allah,maka Terapcare terus menyampaikan kepada golongan yg berhak.Jelajah ini diadakan setiap minggu yg diketuai oleh Ust Hamizan selaku Pengerusi Terapcare dengan diiringi oleh sahabat-sahabat AJK Terapcare Daerah Padang Terap.

No comments:

Post a Comment