SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Tuesday, March 15, 2011

TerapCare Prihatin Nasib Rakyat


Melawat projek baik pulih rumah yang rosak di Kg Perik
Alhamdulillah,hasil sumbangan orang ramai,rumah sahabat ni dapat kita baiki
Menziarahi adik Mohd Zahir yang OKU , baru keluar hospital
Pengerusi TerapCare menlawat sebuah rumah yang rosak akibat banjir,habis kayu rumahnya reput akibat ditenggelami air
Menyampaikan sumbangan kepada Balu kepada bekas JKKK Kg Baru Felcra Kubang Palas
Kesian anak2 ni..ayah mereka baru meninggal sebulan lepas..nenek mereka yang jaga,ibunya pi belajar menjahit

Bersama Skuad Cakna Felcra Kg Kubang Palas

Terapcare meneruskan siri jelajahnya di Cawangan baru iaitu Felcra Kg Baru Kubang Palas.Seramai 6 buah rumah dilawati dan menerima sumbangan barang makanan dan sedikit wang saku.Terapcare juga meluluskan sumbangan memperbaiki sebuah rumah yang rosak dengan kos RM 2000 ringgit kepada En Megat.Sehubungan dengan itu,Pengerusi Terapcare memohon agar para penyumbang dan penderma yang prihatin agar tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan kemiskinan mereka.Selepas itu,pengerusi Terapcare meneruskan jelajahnya ke Kg Paya Terap dan Kg Baru Lembah Permai di Perik.Beliau melawat rumah saudara khairul yang menerima sumbangan dari terapcare bulan lepas.Khairul menerima bahan binaan dengan kos RM2000 dan urusan pembinaannya diuruskan secara gotong royong oleh skuad cakna.InsyaAllah,Terapcare akan sentiasa prihatin dengan golongan miskin di Padang Terap...

No comments:

Post a Comment