SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Tuesday, June 8, 2010

Terapcare bertemu masyarakat DUN Kuala Nerang..


Nah Mak Cik,ni sumbangan untuk beli barang dapur..Kata YB Nasir.

Ust Hamizan Menyampaikan sumbangan kepada Encik Muda di Kg Padang Cenderai
Padang Sanai
Ust Hamizan memujuk adik ini untuk kesekolah,adik ini berhenti belajar akibat krisis kewangan.


ust,tolonglah,rumah tok wan nak runtuh..kalau hujan kami basah..rintih Che Mat.
Yang Tua Dihormati yang Muda Disayangi

Menziarahi budak istimewa..Ya Allah berbagai bentuk dan rupa Ciptaan MU Ya Allah

selepas Jelajah DUN Pedu,Terapcare beralih pula kepada DUN Kuala Nerang,salah sebuah DUN dalam Parlimen Padang Terap.pelbagai masalah yang ditemui dan cuba diselesaikan oleh YB Nasir dan ust Hamizan.tak henti-henti deringan telefon YB Ust Nasir dan Ust Hamizan yang dihubungi pelbagai lapisan masyarakat untuk meminta pertolongan.satu demi satu panggilan dijawab dan masalah diselesaikan secara berhemah.itulah realiti kehidupan masyarakat Padang Terap.mereka memohon sumbangan untuk meneruskan kehidupan yang masih berbaki.Hulurkanlah sumbangan ringankanlah bebanan..
READ MORE- Terapcare bertemu masyarakat DUN Kuala Nerang..

Jelajah bertemu masyarakat dalam DUN Pedu..


Tandas orang padang terap

Pengerusi Terapcare bersama YB Ust Nasir menziarahi Warga Emas yang uzur.beliau ialah Che lah yang kini berusia 90 tahun lebih.

beginilah keadaan tempat tinggal masyarkat disini..


Menghulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan dari YB ..

Terapcare bersama YB Ust Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap baru-baru ini mengadakan lawatan ke rumah masyarakat miskin sekitar DUN Pedu.Disamping bertanya khabar,Terapcare juga berusaha untuk mengenalpasti masalah yang mereka hadapi dan cuba untuk membantu.Rata-rata masyarakat disini menyatakan mereka memrlukan pembelaan dari dan juga perlukan perhatian dan bukannya meminta simpati.Mereka bukan meminta untuk di jadikan sedemikian.Mereka amat berterima kasih atas keprihatinan Terapcare dan juga YB Ust Mohd Nasir kerana prihatin terhadap nasib meraka.Hadirsama dalam jelajah ini ialah Ust Mohd Hamizan yang juga pengerusi Terapcare.beliau berkata,terapcare akan mengusahakan apa saja peluang dan ruang untuk meringankan bebanan golongan ini.Beliau juga berharap agar masyarakat yang berada diluar sana agar menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.program ini akan diadakan setiap bulan bagi membolehkan Terapcare menunaikan amanah yang telah diberikan oleh para penyumbang.
READ MORE- Jelajah bertemu masyarakat dalam DUN Pedu..

Wednesday, May 5, 2010

HPA Marketing penyelamat Umat Islam...


kita sedia maklum,makanan dan minuman merupakan keperluan asas dalam kehidupan.Dalam Islam,makan dan minum hendaklah menggunakan makanan yang halal lagi baik untuk kesihatan dan keberkatan dari Allah..Terapcare menyokong penuh kerjabuat yang telah dan sedang dijalankan oleh Ust Ismail dengan syarikat Radixnya ,untuk menyelamatkan ekonomi dan mengembalikan keberkatan dalam makanan bagi ummat Islam..oleh itu,sebagai umat islam,Ayuh kita bagunkan ekonomi kita dan sinarkan kembali Islam dengan keberkatan dari Allah..sesungguhnya hati akan mati bila selalu menggunakan yang haram dan syubhah..maka carilah yang Halal..kerana itu tuntutan dalam Islam..
READ MORE- HPA Marketing penyelamat Umat Islam...

Friday, April 30, 2010

Qiamullail bersama Anak-anak angkat Terapcare...


Pengerusi Terapcare menyampaikan cenderahati kepada Perasmi iaitu Puan Hjh Zalehah Hj Ibrahim,Pengetua Sek Men Al Khairiah.
Peserta lelaki bergambar kenangan selepas Majlis Perasmian Penutup Qiamullail bersama Anak angkat Terapcare.
Peserta Perempuan turut serta bergambar bersama AJK Terapcare
Ust Hamizan ketika menyampaikan ceramah di Majlis Qiamullail tersebut..
Memohon Keredhaan Allah.. Anak-anak ini sedang mengalunkan zikir munajat pada pukul 4.00 pagi..memohon Rahmat dan keampunan dari Allah...

22 &23 April 2010: Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap,bersama Sek Men Agama Al-Khairiah mengadakan suatu program yang cukup bermakna untuk mendidik jiwa dan minda anak-anak generasi muda supaya dekat denganYang Maha Pencipta..satu Program yang dinamakan Qiamullail Perdana anjuran Terapcare dengan kerjasama penajanya iaitu Radix HPA merketing Sdn Bhd telah berjaya mengumpul anak-anak muda seramai 100 orang..mereka bangun di sepertiga malam untuk berzikir dan berdoa serta tunduk dan sujud pada Yang Maha Esa diketika manusia yang lain lena dibuai mimpi indah.. imam yang mengetuai Qiamullail itu ialah Ust Muslim Mohammad yang dijemput dari Kolej Universiti Insaniah yang merupakan pelajar Diploma Tahfiz disana..tangan diangkat doa diaminkan oleh semua anak-anak tersebut..selepas solat subuh,mereka disajikan dengan kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ust Hamizan yang juga merupakan Pengerusi Terapcare..sebelum Majlis Perasmian penutup,para peserta mengadakan gotong -royong membersih kawasan sekolah dan Surau..Terapcare berjanji akan mengadakan majlis seperti ini lagi demi untuk melihat anak-anak muda masakini dekat dengan Allah SWT..Terapcare juga berharap agar pihak yang berada supaya teruskan menyumbang dana untuk terapcare melangkah lebih jauh untuk membantu masyarakat yang memerlukan..
READ MORE- Qiamullail bersama Anak-anak angkat Terapcare...

Wednesday, March 31, 2010

Terapcare dekat di hati masyarakat ...


YB Ust Nasir menyampaikan sumbangan kepada Pelajar SPM yang mendapat 10A 2B

Ustaz Hamizan menziarahi warga emas yang uzur


Terapcare sentiasa prihatin dengan masalah rakyat Padang Terap.Bermacam program kebajikan yang diadakan untuk menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Miskin disini.setiap aduan diterima dan ditapis untuk disalurkan sumbangan..kepada Tuan/Puan yang menghulurkan sumbangan,diucapkan jutaan terima kasih..teruskan sumbangan..Allah akan memberkati kita semua..
READ MORE- Terapcare dekat di hati masyarakat ...