SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Tuesday, June 8, 2010

Terapcare bertemu masyarakat DUN Kuala Nerang..


Nah Mak Cik,ni sumbangan untuk beli barang dapur..Kata YB Nasir.

Ust Hamizan Menyampaikan sumbangan kepada Encik Muda di Kg Padang Cenderai
Padang Sanai
Ust Hamizan memujuk adik ini untuk kesekolah,adik ini berhenti belajar akibat krisis kewangan.


ust,tolonglah,rumah tok wan nak runtuh..kalau hujan kami basah..rintih Che Mat.
Yang Tua Dihormati yang Muda Disayangi

Menziarahi budak istimewa..Ya Allah berbagai bentuk dan rupa Ciptaan MU Ya Allah

selepas Jelajah DUN Pedu,Terapcare beralih pula kepada DUN Kuala Nerang,salah sebuah DUN dalam Parlimen Padang Terap.pelbagai masalah yang ditemui dan cuba diselesaikan oleh YB Nasir dan ust Hamizan.tak henti-henti deringan telefon YB Ust Nasir dan Ust Hamizan yang dihubungi pelbagai lapisan masyarakat untuk meminta pertolongan.satu demi satu panggilan dijawab dan masalah diselesaikan secara berhemah.itulah realiti kehidupan masyarakat Padang Terap.mereka memohon sumbangan untuk meneruskan kehidupan yang masih berbaki.Hulurkanlah sumbangan ringankanlah bebanan..

No comments:

Post a Comment