SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Tuesday, June 8, 2010

Jelajah bertemu masyarakat dalam DUN Pedu..


Tandas orang padang terap

Pengerusi Terapcare bersama YB Ust Nasir menziarahi Warga Emas yang uzur.beliau ialah Che lah yang kini berusia 90 tahun lebih.

beginilah keadaan tempat tinggal masyarkat disini..


Menghulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan dari YB ..

Terapcare bersama YB Ust Nasir Zakaria Ahli Parlimen Padang Terap baru-baru ini mengadakan lawatan ke rumah masyarakat miskin sekitar DUN Pedu.Disamping bertanya khabar,Terapcare juga berusaha untuk mengenalpasti masalah yang mereka hadapi dan cuba untuk membantu.Rata-rata masyarakat disini menyatakan mereka memrlukan pembelaan dari dan juga perlukan perhatian dan bukannya meminta simpati.Mereka bukan meminta untuk di jadikan sedemikian.Mereka amat berterima kasih atas keprihatinan Terapcare dan juga YB Ust Mohd Nasir kerana prihatin terhadap nasib meraka.Hadirsama dalam jelajah ini ialah Ust Mohd Hamizan yang juga pengerusi Terapcare.beliau berkata,terapcare akan mengusahakan apa saja peluang dan ruang untuk meringankan bebanan golongan ini.Beliau juga berharap agar masyarakat yang berada diluar sana agar menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.program ini akan diadakan setiap bulan bagi membolehkan Terapcare menunaikan amanah yang telah diberikan oleh para penyumbang.

No comments:

Post a Comment