SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Friday, April 30, 2010

Qiamullail bersama Anak-anak angkat Terapcare...


Pengerusi Terapcare menyampaikan cenderahati kepada Perasmi iaitu Puan Hjh Zalehah Hj Ibrahim,Pengetua Sek Men Al Khairiah.
Peserta lelaki bergambar kenangan selepas Majlis Perasmian Penutup Qiamullail bersama Anak angkat Terapcare.
Peserta Perempuan turut serta bergambar bersama AJK Terapcare
Ust Hamizan ketika menyampaikan ceramah di Majlis Qiamullail tersebut..
Memohon Keredhaan Allah.. Anak-anak ini sedang mengalunkan zikir munajat pada pukul 4.00 pagi..memohon Rahmat dan keampunan dari Allah...

22 &23 April 2010: Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap,bersama Sek Men Agama Al-Khairiah mengadakan suatu program yang cukup bermakna untuk mendidik jiwa dan minda anak-anak generasi muda supaya dekat denganYang Maha Pencipta..satu Program yang dinamakan Qiamullail Perdana anjuran Terapcare dengan kerjasama penajanya iaitu Radix HPA merketing Sdn Bhd telah berjaya mengumpul anak-anak muda seramai 100 orang..mereka bangun di sepertiga malam untuk berzikir dan berdoa serta tunduk dan sujud pada Yang Maha Esa diketika manusia yang lain lena dibuai mimpi indah.. imam yang mengetuai Qiamullail itu ialah Ust Muslim Mohammad yang dijemput dari Kolej Universiti Insaniah yang merupakan pelajar Diploma Tahfiz disana..tangan diangkat doa diaminkan oleh semua anak-anak tersebut..selepas solat subuh,mereka disajikan dengan kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ust Hamizan yang juga merupakan Pengerusi Terapcare..sebelum Majlis Perasmian penutup,para peserta mengadakan gotong -royong membersih kawasan sekolah dan Surau..Terapcare berjanji akan mengadakan majlis seperti ini lagi demi untuk melihat anak-anak muda masakini dekat dengan Allah SWT..Terapcare juga berharap agar pihak yang berada supaya teruskan menyumbang dana untuk terapcare melangkah lebih jauh untuk membantu masyarakat yang memerlukan..

No comments:

Post a Comment