
Ahli Skuad membungkus bubur untuk diagihkan kepada masyarakat..Sebanyak 1000 bungkus diagihkan kepada masyarakat

Pengerusi turut serta mengacau bubur asyura

Ust Hamizan selaku pengerusi Terapcare berbual bersama Ahli Skuad yang menyertai program Assyura


menjamu selera setelah penat kacau buboq sora

Teruskan perjuangan kalian wahai anak muda Padang Terap

Anak muda yang cintakan program kebajikan

Ahli SCTC Naiteh bergotong royong

Yang berat dipikul yang ringan dijinjing
Terapcare terus menyusun dan melaksanakan pelbagai program yang disertai oleh anak muda Padang Terap.Sempena sambutan Hijratul Rasul SAW,Terapcare tidak melepaskan peluang untuk mengadakan Majlis Kacau Bubur Asyura.Nai Teh telah dipilih menjadi tuan rumah bagi program assyura peringkat DUN Kuala Nerang.Sebanyak 10 kawah telah disediakan dan bubur tersebut diagihkan kepada masyarakat sekitar.Terapcare mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Skuad Cakna Masyarakat Terapcare Cawangan Naiteh dan seluruh cawangan di DUN Kuala Nerang yang memberikan kerjasama yang amat baik dalam melancarkan program yang baik ini.Semoga jasa yang diberikan akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT..
READ MORE- Majlis Kacau Bubur Assyura Peringkat DUN Kuala Nerang