SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Tuesday, December 6, 2011

Terapcare terus utuh dengan perasmian cawangan ke 53


YB Ust Nasir dan ust Hamizan bergambar kenangan bersama AJK yang baru di lantik
Doa dipanjatkan Kehadrat Ilahi bagi memohonkan keberkatan dariNya
YB Ust Nasir Merasmikan Cawangan

menikmati jamuan ringan seusainya majlis perasmian

Kalau tak kenal maka tak cinta,itulah pepatah yang sedang dituturkan oleh anak muda dan warga Padang Terap.Apabila pelbagai tohmahan dan kutukan dilemparkan,masyarakat menjadi tertarik untuk mengenali Terapcare,maka ramailah anak muda dan dewasa memohon untuk menjadi ahli badan NGO ini.Alhamdulillah,setakat ini sudah ada 53 cawangan di seluruh Padang Terap ujar Pengerusi Terapcare.Mereka hadir tanpa dipaksa dan kesanggupan mereka bersama Terapcare tidak boleh digugat.buat masa ini,Terapcare telah mejalar subur disegenap pelusuk bumi Padang Terap yang kita sayangi.inilah sebuah NGO Kebajikan dan belia yang diakui paling aktif di Negeri Kedah sehinggakan Ust Hamizan selaku pengerusinya diberikan penghargaan oleh kerajaan negeri dengan dinobatkan sebagai Tokoh Belia Negeri kedah 2011.

No comments:

Post a Comment