SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Wednesday, December 7, 2011

Jelajah Al Masakin Ke Mukim Kurong Hitam


Pengerusi Terapcare menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak muda di Bukit Nyamuk
Pak Lang yang kini berusia 81 tahun masih kuat berjalan antara penerima sumbangan dari Terapcare
menyantuni warga emas di jelajah al masakin

dimana saja ada warga yang memerlukan di Pdg Terap,Terapcare akan cuba bantu sedaya mungkin



Antara barang sumbangan untuk diagihkan kepada penerima
Ahli SCTC Bukit Nyamuk di rumah seorang warga emas Kg Malau

Jelajah Al-Masakin Terapcare diteruskan pula ke 4 buah kampong di Mukim Kurong Hitam.Antara kampong yang terlibat ialah Kg Bukit Nyamuk,Kg Malau,Kubang Lintah dan Padang Balai.Jelajah ini melibatkan warga emas dan golongan miskin disini.Terapcare menyumbangkan sumbangan barang-barang dapur kepada penerima bagi meringankan bebanan yang dialami mereka akibat kenaikkan harga barang.Ust Hamizan ketika ditanya menyatakan bahawa beliau amat berbangga dengan kesungguhan ahli SCTC yang amat peka dengan kebajikan orang-orang kampong mereka.Inilah harapan kita bagi mewujudkan suasana masyarakat yang cintakan kebajikan,memupuk sikap tolong menolong dan kerjasama antara semua tanpa mengira batasan politik dan usia.Semoga NGO ini akan sentiasa diterima kewujudannya dalam masyarakat dengan menabur budi dan jasa buat semua warga Padang Terap yang kita amat sayangi..

No comments:

Post a Comment