SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Monday, August 22, 2011

Program Titian Kasih Terapcare di ambang Aidilfitri..


Ust Hamizan menyampaikan sumbangan di Kg Tanjung Luar Pedu
Inilah sumbangan para penderma dan penyumbang di seluruh pelusuk negara
YB Ust Mohd Nasir dan Ust Hamizan bergandingan dalam misi membantu warga miskin
Pdg Terap
Penerima sumbangan mendengar tazkirah dari Ust Hamizan

Ramadhan tahun ini sedang berlalu untuk meninggalkan kita.sesiapa yang beramal soleh maka untunglah dia,jika sebaliknya penyesalan menanti di Akhirat.Tahun ini Terapcare dengan kerjasama Pejabat YB Ahli Parlimen Padang Terap telah menyediakan sebanyak 1200 bungkusan barang makanan dan sedikit sumbangan duit raya kepada warga miskin Padang Terap.Ust Hamizan menjelaskan,tahun ini Alhamdulillah,rezeki semakin bertambah.Sumbangan dari segenap pelusuk negara datang bagi meraikan warga miskin di Padang Terap.Walaupon sumbangan ini hanya sebagai tanda ingatan,namun ia akan menjadi suasana tolong menolong dgn satu sama lain selari dgn ajaran Islam.

READ MORE- Program Titian Kasih Terapcare di ambang Aidilfitri..

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan Bulan Sedekah..



Fadhilat Sedekah

oleh : Ust Mohammad Hamizan Bin Amzah
Pengerusi Terapcare

Dari Abu Hurairah RA, Bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (H/R. Bukhari).

“ Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedeqah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.” (H/R. Ahmad dan Muslim)

Allah Ta’ala berfirman, “ Perumpamaan orang-orang yang menafakahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah maha luas kurnianya dan lagi maha mengetahui. ” .

{Al Baqarah (2) : 261} Sedeqah mempunyai kelebihan yang amat banyak, diantaranya adalah seperti berikut: ” Menggandakan kebaikan, ganjaran yang besar, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah, menyelamatkan diri dari api neraka, memanjangkan umur, melembutkan hati, melenyepkan perasaan takabur & angkuh, dan akhirnya menerima ganjaran amalan yang berkekalan dan berterusan ”

Kebaikan dan kelebihan Sedekah

Sebahagian ulama berkata : Sedekah itu 10 Kebaikan dan kelebihan - lima di dunia dan lima di akhirat.

Lima di dunia:
1. Mencucikan hartanya
2. Mencucikan badannya
3. Menolak daripada penyakit
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekeinya

Lima di akhirat:
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
4. Mudah melalui titian siratulmustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga

oleh itu,ayuh sama-sama kita mengumpul saham Akhirat dengan bersedekah..InsyAAllah kita akan berjaya dunia dan Akhirat



READ MORE- Ramadhan Bulan Sedekah..

Friday, August 5, 2011

Ramadhan Bulan Mulia


Banner Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dari Pengerusi Terapcare dan seluruh AJK SCTC Daerah Padang Terap

Ust Hamizan menyampaikan sumbangan barang makanan kepada warga miskin Padang Terap untuk persiapan menjelang Ramadhan


Ramadhan bulan yang di galakkan umat Islam bersedekah

Ramadhan telah menjelang tiba,baru-baru ini Terapcare melalui pengerusinya Ust Hamizan mengadakan siri jelajah ke Kg Belukar Luas ,Kg Datok dan Kg Kerasak. sebanyak 20 buah keluarga dilawati dan disampaikan sumbangan kepada mereka.Sumbangan disampaikan oleh Terapcare bersama Skuad Cakna Masyarakat Terapcare hasil daripada sumbangan org ramai di Kuala Lumpur dan Sebagainya.Sehubungan dengan itu,mengambil kesempatan di Bulan Mulia ini,Pengerusi dan Seluruh AJK Terapcare dan Warga Terpcare mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslimin Dan Muslimat..didoakan semoga kita sentiasa diRahmati oleh Allah..




READ MORE- Ramadhan Bulan Mulia

Thursday, July 28, 2011

Majlis Pelancaran Skim Dana Wakaf dan Pelancaran Pembinaan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran An Nur Pdg Terap Meriah


Dato' Mufti Negeri Kedah melancarkan Skim Dana Wakaf RM20 sekaki persegi
YB Ust Abd Ghani Ahmad EXCO Kerajaan Kedah merasmikan pelancaran pembinaan mewakili kerajaan Negeri
YB Ust Mohd Nasir Penaung Terapcare menyampaikan ucapan
Ust Mohd Hamizan menyampaikan ucapan aluan
ketibaan Dato' Paduka Mufti kedah dan YB EXCO disambut AJK Terapcare dan Skuad Cakna Daerah
Warga MDPT menyiapkan pentas untuk Majlis Perasmian
Skuad Cakna bertungkus lumus menjayakan program
sebanyak 3 kawah gulai disediakan untuk Majlis makan makan amal sempena perasmian tersebut
Skuad Cakna Tandop Besar diberikan tugas menyediakan air di Tapak Perasmian

Terapcare terus melangkah jauh kedepan walau berdepan jutaan cabaran dan halangan.Ust Hamizan selaku pengerusi terapcare sekali lagi mencipta sejarah baru di Padang Terap dengan mengajak anak muda dalam skuad cakna membulatkan tekad untuk bersamanya bagi mendirikan sebuah Kompleks Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran An-Nur di Kg Pong Utara,Padang Terap.Pusat Pengajian ini akan dibina secepat mungkin dengan mengumpulkan dana dari orang ramai.Hadir bagi melancrkan skim dana wakaf iaitu YBhg Dato' Paduka Syeikh Mohammed Baderuddin Hj Ahmad selaku Mufti Kerajaan negeri Kedah.dalam ucapan beliau menekankan konsep sedekah yang amat dituntut dalam Islam.YB Ust Ghani Ahmad EXCO Kerajaan negeri kedah hadir bagi merasmikan pelancaran pembinaan banggunan tahfiz tersebut.Pengerusi terapcare ketika dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih pada semua pihak terutama kerajaan negeri,pejabat mufti kedah,pejabat YB Ahli Parlimen Pdg Terap,AJK Terapcare,AJK Skuad Cakna dan seluruh cawangan2 yang hadir membantu menjayakan majlis..Semoga Impian besar ini akan menjadi kenyataan InsyaAllah..

READ MORE- Majlis Pelancaran Skim Dana Wakaf dan Pelancaran Pembinaan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran An Nur Pdg Terap Meriah

Monday, July 11, 2011

Majlis Ramah Mesra bersama YB EXCO Belia Negeri Kedah


Bergambar kenangan bersama YB Dato' Dr Hamdan
AJK Daerah dan Ketua-ketua cawangan Skuad cakna di Dewan Santapan Sri Mentaloon

Hari ini dalam sejarah,perjuangan Terapcare kini kian dirasai dan terus menerima penghargaan dari pelbagai pihak. YB Dato' Dr Hj Hamdan selaku EXCO Belia,Sukan ,Kebudayaan dan Kesenian Kerajaan Negeri Kedah telah menjemput semua AJK Daerah dan Ketua2 cawangan untuk majlis minum petang dan ramah mesra bersama beliau di Dewan Santapan Kediaman Rasmi YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon. Antara yang hadir ialah YB Dato' Dr Hamdan,YB Ust Mohd Nasir Zakaria,Ust Rosli Azmi Pegawai Khas MB Kedah, Ust Hamizan Pengerusi Terapcare,Ust Syazwan Pengerusi Persatuan Belia Sejahtera Kedah,Azizan Yusof setiausaha kehormat Terapcare,Ust Che Darus Ismail Bendahari Terapcare , AJK dan Ketua-ketua cawangan Skuad Cakna .dalam ucapan YB Dato' menekankan konsep kebajikan harus dititikberatkan oleh NGO khususnya Terapcare.Beliau menghargai kesanggupan dan pengorbanan Terapcare yang menjadi Duta Penyelamat dan Kasih Sayang di Padang Terap.Beliau menyarankan agar daerah2 lain diseluruh Negeri Kedah menjadikan Terapcare sebagai contoh ikutan bagi menabur jasa kepada masyarakat.Beliau juga menyatakan sokongan Kerajaan Negeri Kedah kepada Terapcare dan akan sentiasa menyokong segala apa akitiviti yang direncanakan oleh Terapcare.
READ MORE- Majlis Ramah Mesra bersama YB EXCO Belia Negeri Kedah