
Dato' Mufti Negeri Kedah melancarkan Skim Dana Wakaf RM20 sekaki persegi

YB Ust Abd Ghani Ahmad EXCO Kerajaan Kedah merasmikan pelancaran pembinaan mewakili kerajaan Negeri

YB Ust Mohd Nasir Penaung Terapcare menyampaikan ucapan

Ust Mohd Hamizan menyampaikan ucapan aluan

ketibaan Dato' Paduka Mufti kedah dan YB EXCO disambut AJK Terapcare dan Skuad Cakna Daerah

Warga MDPT menyiapkan pentas untuk Majlis Perasmian

Skuad Cakna bertungkus lumus menjayakan program

sebanyak 3 kawah gulai disediakan untuk Majlis makan makan amal sempena perasmian tersebut

Skuad Cakna Tandop Besar diberikan tugas menyediakan air di Tapak Perasmian
Terapcare terus melangkah jauh kedepan walau berdepan jutaan cabaran dan halangan.Ust Hamizan selaku pengerusi terapcare sekali lagi mencipta sejarah baru di Padang Terap dengan mengajak anak muda dalam skuad cakna membulatkan tekad untuk bersamanya bagi mendirikan sebuah Kompleks Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran An-Nur di Kg Pong Utara,Padang Terap.Pusat Pengajian ini akan dibina secepat mungkin dengan mengumpulkan dana dari orang ramai.Hadir bagi melancrkan skim dana wakaf iaitu YBhg Dato' Paduka Syeikh Mohammed Baderuddin Hj Ahmad selaku Mufti Kerajaan negeri Kedah.dalam ucapan beliau menekankan konsep sedekah yang amat dituntut dalam Islam.YB Ust Ghani Ahmad EXCO Kerajaan negeri kedah hadir bagi merasmikan pelancaran pembinaan banggunan tahfiz tersebut.Pengerusi terapcare ketika dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih pada semua pihak terutama kerajaan negeri,pejabat mufti kedah,pejabat YB Ahli Parlimen Pdg Terap,AJK Terapcare,AJK Skuad Cakna dan seluruh cawangan2 yang hadir membantu menjayakan majlis..Semoga Impian besar ini akan menjadi kenyataan InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment