SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Monday, July 11, 2011

Majlis Ramah Mesra bersama YB EXCO Belia Negeri Kedah


Bergambar kenangan bersama YB Dato' Dr Hamdan
AJK Daerah dan Ketua-ketua cawangan Skuad cakna di Dewan Santapan Sri Mentaloon

Hari ini dalam sejarah,perjuangan Terapcare kini kian dirasai dan terus menerima penghargaan dari pelbagai pihak. YB Dato' Dr Hj Hamdan selaku EXCO Belia,Sukan ,Kebudayaan dan Kesenian Kerajaan Negeri Kedah telah menjemput semua AJK Daerah dan Ketua2 cawangan untuk majlis minum petang dan ramah mesra bersama beliau di Dewan Santapan Kediaman Rasmi YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon. Antara yang hadir ialah YB Dato' Dr Hamdan,YB Ust Mohd Nasir Zakaria,Ust Rosli Azmi Pegawai Khas MB Kedah, Ust Hamizan Pengerusi Terapcare,Ust Syazwan Pengerusi Persatuan Belia Sejahtera Kedah,Azizan Yusof setiausaha kehormat Terapcare,Ust Che Darus Ismail Bendahari Terapcare , AJK dan Ketua-ketua cawangan Skuad Cakna .dalam ucapan YB Dato' menekankan konsep kebajikan harus dititikberatkan oleh NGO khususnya Terapcare.Beliau menghargai kesanggupan dan pengorbanan Terapcare yang menjadi Duta Penyelamat dan Kasih Sayang di Padang Terap.Beliau menyarankan agar daerah2 lain diseluruh Negeri Kedah menjadikan Terapcare sebagai contoh ikutan bagi menabur jasa kepada masyarakat.Beliau juga menyatakan sokongan Kerajaan Negeri Kedah kepada Terapcare dan akan sentiasa menyokong segala apa akitiviti yang direncanakan oleh Terapcare.

No comments:

Post a Comment