SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Monday, July 11, 2011

Terapcare setiasa dekat dengan masyarakat


Kumpulan gendang silat kampong kubang Palas
Ust Hamizan bersama ketua Skuad Cakna Padang Gelanggang menziarahi pesakit kencing manis yang kurang daya penglihatan
menziarahi Allahyarham Hanafi dua hari sebelum beliau meninggal dunia di Kg Lubuk Labi
Jom makan durian di Bukit Tembaga
menziarahi pesakit demam denggi berdarah di Keda Bukit Kura
meninjau pembinaan memperbaiki rumah di Kg Kubang Juluk
Ust Hamizan tolong koyak kain kafan ketika menziarahi kematian di Kg Baru Ladang Padang Sanai
Menziarahi warga emas yang terlantar uzur di Bukit Tembaga Selatan

Alah bisa tegal biasa, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, itulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada Skuad Cakna Terapcare. Walau pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan golongan yang iri hati dengan keprihatinan Skuad Cakna,Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka menabur jasa dan bakti untuk masyarakat Padang Terap.Setiap hari kereta Ust Hamizan bergerak keseluruh pelusuk kampung bersama AJK dan Ahli SKuad cakna di cawangan bagi membantu masyarakat yang memerlukan.sama-sama kita doakan agar perjuangan suci murni ini akan terus diberkati Allah dan ianya memberikan manfaat buat semua insan didunia ini..

No comments:

Post a Comment