SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Thursday, June 16, 2011

Terapcare Cakna Anak Muda & Masyarakat


Mesyuarat AJK Skuad Cakna Daerah bersama Ketua-ketua Cawangan seluruh Padang Terap bagi merancang dan menilai perlaksanaan program dibawah keloaan skuad cakna
Anak muda juarai kebajikan
menyampaikan sumbangan di Kg Padang Sanai
Ust Hamizan selaku pengerusi terapcare tanpa jemu2 turun padang bersama belia
Padang Terap
Bergambar kenangan bersama Pengerusi Terapcare selepas mengadakan sesi dialog bersama anak muda

Alah bisa tegal biasa,itulah yg menjadi prinsip seorang tokoh anak muda yg telah dianugerahkan Tokoh Belia Negeri Kedah oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar kedah pada mac yang lalu.walau pelbagai tohmahan dan cacian menimpa,sokongan kepada perjuangan skuad cakna bagi membela nasib warga Padang Terap yang lemah tetap diteruskan.pelbagai program disusun,walaupon beliau hanya tidur 2 @ 3 jam sehari,namun demi Amanah Allah tetap juga dilaksanakan.kata beliau,saya dah wakafkan diri untuk Islam dan kebajikan,masa saya,umur saya kesihatan saya kepunyaaan Allah,saya harus gunakan ia untuk melaksanakan amanah Allah ini. semoga dengan hasrat murni yang laksanakan ini ianya akan dapat mengubauh pemikiran keadaan masyarakat Padang Terap.

No comments:

Post a Comment