SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Monday, July 11, 2011

Makan Malam Perdana Terapcare Meriah


Ust Hamizan menyampaikan cenderahati kepada Perasmi
Azizan Yusof dianugerahkan Tokoh Terapcare 2011


YB Tuan Hj Mad Zuki merasmikan bendera Terapcare
YB Dato' Rusli dan YB Tuan Hj Mad Zuki antara yang hadir dimajlis tersebut

Terapcare telah mengadakan Jamuan Makan Malam Perdana bertempat di Dewan Utama Dusun Resort pada 23hb jun 2011. antara tetamu VIP yang hadir pada majlis tersebut ialah YB Tuan Hj Mad Zuki mewakili YB Dato' Dr Hj Hamdan EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Senator Dato' Hj Ahmad Rusli Ibrahim,YB Ust Mohd Nasir Zakaria, Ust Rosli Azmi Pegawai Khas YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah, AJK Terapcare dan AJK Skuad Cakna Terapcare . Lebih kurang 600 orang ahli Skuad cakna dari 42 buah cawangan hadir pada malam tersebut.Program yang julung kali diadakan ini bertujuan meraikan para petugas serta sukarelwan Terapcare yang tanpa mengenal erti menyerah dan tak mengenal erti penat mencurah bakti dan menabur jasa kepada masyarakat Padang Terap.Seekor lembu ditumbangkan bagi menjadi juadah santapan makan malam tersebut.Majlis itu juga dihiburkan dengan persembahan Gendang Silat Terapcare dari cawangan Kubang Palas dan Dikir barat kumpulan Arjuna Aduka dari cawangan Tanjung Putus. Pada malam tersebut,Terapcare telah menganugerahkan anugerah kepada cawangan dan ahli terbaik iaitu Cawangan Harapan Kg Nai Teh, Cawangan Paling Aktif Bukit Tembaga,Cawangan Terbaik Kg Pong Manis, Anugerah tokoh AJK terbaik dianugerahkan kepada Sdr Aziz Bin Senik,Ahli terbaik Sdr Adnan Bin Padin,Tokoh Skuad Cakna 2011 Abd Qaiyum Aris dan Tokoh Terapcare Terbaik Azizan Bin Yusof.

No comments:

Post a Comment