SEJARAH KAMI

DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.

TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.

Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.

Thursday, June 16, 2011

Terapcare Cakna Anak Muda & Masyarakat


Mesyuarat AJK Skuad Cakna Daerah bersama Ketua-ketua Cawangan seluruh Padang Terap bagi merancang dan menilai perlaksanaan program dibawah keloaan skuad cakna
Anak muda juarai kebajikan
menyampaikan sumbangan di Kg Padang Sanai
Ust Hamizan selaku pengerusi terapcare tanpa jemu2 turun padang bersama belia
Padang Terap
Bergambar kenangan bersama Pengerusi Terapcare selepas mengadakan sesi dialog bersama anak muda

Alah bisa tegal biasa,itulah yg menjadi prinsip seorang tokoh anak muda yg telah dianugerahkan Tokoh Belia Negeri Kedah oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar kedah pada mac yang lalu.walau pelbagai tohmahan dan cacian menimpa,sokongan kepada perjuangan skuad cakna bagi membela nasib warga Padang Terap yang lemah tetap diteruskan.pelbagai program disusun,walaupon beliau hanya tidur 2 @ 3 jam sehari,namun demi Amanah Allah tetap juga dilaksanakan.kata beliau,saya dah wakafkan diri untuk Islam dan kebajikan,masa saya,umur saya kesihatan saya kepunyaaan Allah,saya harus gunakan ia untuk melaksanakan amanah Allah ini. semoga dengan hasrat murni yang laksanakan ini ianya akan dapat mengubauh pemikiran keadaan masyarakat Padang Terap.
READ MORE- Terapcare Cakna Anak Muda & Masyarakat

Saturday, June 4, 2011

Skuad Cakna Terapcare anjur pertandingan memancing


Johan menerima wang sebanyak RM1200
Ust Hamizan membunyikan hon sebagai tanda pertandingan bermula
Skuad Cakna Terapcare daerah Padang Terap telah menganjurkan pertandingan memancing pada 27hb Mei 2011(jumaat) bertempat di Kolam Cikgu At Kg Bakung Kuala Nerang . Pertandingan tersebut disertai 126 orang peserta . Pertandingan bermula jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. Ia bertujuan bagi mengeratkan hubungan sesama masyarakat dikalangan warga Padang Terap.
READ MORE- Skuad Cakna Terapcare anjur pertandingan memancing

Bantuan dihulur pada yang memerlukan


Pengerusi Terapcare bertanya khabar Tok Itam di Kg Tanjung Luar Pedu
Ust Hamizan menziarahi sambil menyampaikan sumbangan bahan binaan bagi membina rumah sdr Salahuddin di Kg Kubang Juluk
berbincang bersama AJK Cawangan Kg Datok untuk membantu membiayai kos memasang meter elektrik di rumah PPRT di Kg Datok
menyampaikan sumbangan sambil memberikan kata2 semangat kepada mak cik ni yg dah lumpuh selama 6 bulan

Terapcare meneruskan siri jelajah ke kampung2 untuk bertemu warga emas dan warga miskin disini.sebanyak 50 buah rumah akan dilawati oleh Pengerusi dan AJK Terapcare daerah setiap bulan,ini bagi meringankan bebanan warga miskin disini.Diharapkan semoga dengan wujudnya Terapcare didaerah ini,ia akan dapat membantu sedikit sebanyak bagi meringankan bebanan..walau apa rintangan mendatang ,berundur tidak sekali..masih ramai orang susah yang memerlukan bantuan kita..alangkah baiknya orang yang kutuk terapcare tu pon join skali bagi sumbangan,rakyat juga dapat manfaat..
READ MORE- Bantuan dihulur pada yang memerlukan

Friday, May 20, 2011

Terapcare semakin difahami dan diterima masyarakat


YB Penaung Terapcare bersama pengerusi Terapcare menyampikan baju kepada 126 org ahli baru Kg Keda Semeliang,Kg Semeliang dan Padang Lanjut
Majlis Perasmian cawangan di Keda Bukit Kura
Cawangan Kg Datok
Cawangan Kg Tanjung Putus
Cawangan Kg Padang Cenderai

Bagi melancarkan program Terapcare diseluruh daerah Padang Terap,Skuad Cakna Terapcare dipromosikan bagi mengumpul seramai mungkin ahli sebagai sukarelawan bagi menjadi mata telinga Terapcare di setiap kampung. Setakat ini Skuad Cakna mempunyai 36 cawangan diseluruh Padang Terap dengan ahli seramai 1532 org setakat ini.Alhamdulilah,semakin ramai anak muda yang tampil bagi menyertai sukarelwan ini . Bangunnya mereka bagi menyahut seruan Allah iaitu Tolong menolong dalam perkara kebaikan dan kebajikan.Terapcare mensasarkan 2000 org ahli pada tahun ini dan InsyaAllah ianya akan menjadi kenyataan.
READ MORE- Terapcare semakin difahami dan diterima masyarakat

Terapcare akan bina Maahad Tahfiz untuk anak yatim dan miskin Padang Terap


Tanah yg telah dibersihkan yang bakal terbinanya komplek Tahfiz Quran
Kerja-kerja membersihkan tanah giat dijalankan
Pengasas Maahad Tahfiz An Nur berdiri dihadapan tanah yg bakal didirikn Maahad Tahfiz
Pengerusi Terapcare bersama Pak Wi(Juruukur) ketika menandakan sempadan Tanah

Bukan sekadar bantuan baiki rumah dan bantuan persekolahan serta bantuan makanan,Terapcare juga mengorak langkah bagi mencipta perubahan di Padang Terap dengan merancang untuk membina sebuah Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran An Nur Padang Terap yang bernombor pendaftaran AS0339460-P yang akan dibina diatas tanah seluas 8 relong 84 jemba bertempat di Kg Pong Utara. Kos yang dianggarkan sebanyak RM3.2 juta. Sumbangan dan zakat dari tuan / puam amat diperlukan. Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Cawangan Alor Setar 552022022639. atau hubungi Bendahari pembinaan Che Darus Ismail 0195986621..segala sumbangan amat dihargai dan didoakan smga tuan/puan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
READ MORE- Terapcare akan bina Maahad Tahfiz untuk anak yatim dan miskin Padang Terap