SEJARAH KAMI
DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.
TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.
Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.
Monday, January 4, 2010
Come Back to school untuk anak-anak miskin Padang Terap...
Alhamdulillah,pada tahun ini,Terapcare berjaya mengadakan majlis sumbangan peralatan persekolah untuk anak-anak miskin Padang Terap.Pada tahun ini seramai 127 orang pelajar yang miskin dibantu terapcare..pelbagai sumbangan diberikan , ada yang dapat beg, ada yang diberi buku dan peralatan alat tulis dan ada juga yang diberikan wang untuk membayar yuran..semua ini adalah tanda simpati dan prihatin semua kepada golongan yang kurang bernasib baik.. Majlis ini dihadiri YB Ust Nasir selaku Ahli Parlimen Padang Terap,Ust Yahya,pengerusi terapcare,Ust Mohd Hamizan,selaku setiausaha,Che Darus,bendahari, Azizan Yusuf,Baharon Yacob,Amzah Hasan yang merupakan AJK Terapcare...Ust Hamizan ketika dalam ucapannya sentiasa memberitahu bahawa semua sumbangan ini daripada sahabat yang prihati dari Kuala Lumpur,dan juga sentiasa mengigatkan supaya penerima sumbangan ini bersyukur dan sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk semua..begitu juga dengan YB Ust Nasir yang sentiasa menekankan bahawa kemiskinan ini merupakan ujian dari Allah untuk menguji hambanya untuk memilih siapa yang lebih bertaqwa kepada-Nya...oleh itu, Terapcare mewakili seluruh warga Padang Terap mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan penderma atas segala sumbangan yang telah diberikan,semoga sentiasa dalam rahmat Allah...
Sunday, December 27, 2009
Terapcare duta penyelamat rakyat...
Ust Hamizan menyampaikan wang zakat dari penyumbang Terapcare kepada warga emas yang miskin, gembiranya tak dapat digambarkan....Makcik ini tinggal keseorangan dirumah usang peninggalan arwah suami... anak-anaknya mendirikan rumah disekitar rumahnya untuk memudahkan mereka menjaga mak cik ini, anak-anaknya juga miskin dan bekerja sebagai penoreh getah..Padang Terap
Pengerusi Terapcare ,Ust yahya (tengah) ketika menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada kanak-kanak OKU di Padang Terap...Gembiranya tak dapat digambarkan...hanya Allah yang mengetahui.....Tuesday, December 22, 2009
Mengharung Lumpur mencari rezeki....
walaupun dah nak masuk 53 tahun kita merdeka,masih ada golongan seperti ini,mungkin ada ynang bertanya,mengapa keadaan begini wujud?? ketahuilah bahawa Allah sengaja menciptakan kaya dan miskin untuk men jadi ujian kepada mereka,oleh itu yang kaya bantulah yang miskin,yang miskin bersabarlah atas dugaan..kerana kemanisan syurga menanti di sana...
Terapcare bersama masyarakat miskin Padang Terap....
Ust Hamizan selaku Setiausaha Terapcare berada di beranda rumah Ust Ahmad di Kg Kubang Palas..bayangkan..adakah saudara sanggup untuk duduk dirumah begini?? dan sanggupkah saudara membiarkan saudara kita hidup begini???
