SEJARAH KAMI
DENGAN SLOGAN "SENTIASA PRIHATIN" ‘BIAR JASA JADI KENANGAN’,TERAPCARE BERGERAK MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GOLONGAN KURANG UPAYA,WARGA EMAS,IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN.KEMISKINAN DAN HAMBATAN HIDUP MEMBUATKAN MEREKA SUKAR MENERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI ORANG LAIN.
TERAPCARE BERSAMA GOLONGAN BELIA SETEMPAT MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU DAN MEMBIMBING GOLONGAN INI KELUAR DARI BELENGGU DAN KEPAYAHAN.
Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.
Sunday, November 21, 2010
Majlis Jamuan AidilAdha dan Meraikan petugas Banjir Skuad Cakna Terapcare di Kg Perik
Terapcare terima dan agihkan 30 ekor lembu korban ke seluruh Padang Terap
Pada tahun ini,Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap(Terapcare) menerima sebanyak 30 ekor lembu untuk dikorbankan di Padang Terap.Ust Hamizan berkata,Beliau menerima penyertaan dari seluruh negara khususnya selangor dan Kuala Lumpur.Alhamdulillah,rezeki semakin bertambah dan beliau amat berpuas hati kerana hampir 50 buah kampung dapat merasai Nikmat daging korban yang disumbangkan oleh penderma yang bermurah hati.Ust Hamizan menceritakan pengalaman pahit manis menguruskan Program ini,katanya,AJK Terapcare boleh dikatakan bertarungkan hidup mati ketika proses pemunggahan lembu korban tersebut..namun bila difikirkan orang yang miskin akan gembira dengan kerja buat kita,maka keletihan dan ketakutan itu luput dari fikiran..yang penting golongan Mustadafin diberikan pembelaan..Semoga Allah membalas segala jasa baik Tuan/Puan yang menderma..semoga Allah memberkati..
Tuesday, November 2, 2010
Terapcare bersama mangsa banjir Padang Terap..
Kira-kira 400 buah keluarga yang terlibat dan lebihkurang 3500 mangsa banjir yang dipindahkan ke 40 buah pusat pemindahan di Parlimen Padang Terap. Semalam,seorang budak berusia 13 tahun maut dihanyutkan arus deras di Kuala Nerang.Mangsa bersama abangnya pergi menahan pukat sebelum dihanyutkan arus deras.sementara itu,jalan-jalan utama di seluruh Padang Terap terpaksa ditutup akibat paras air yang ditahap bahaya.Banyak keluarga yang kerugian akibat barangan yang tidak sempat diselamatkan..Segala sumbangan amatlah diperlukan bagi membantu saudara kita yang ditimpa musibah..